10 May 2014

Aku Dan Kapcai

pada suatu petang.

aku, kapcai dan telur ayam sepapan. ranggi menunggang ala ala robin.

hujan gerimis turun. sungguh mengacau jiwa. teringatkan tayar yang sudah haus. kapcai pun diperlahankan.

160km/j mungkin. mungkin juga 180km/j. 

entah.

aku tak tahu. sudah lama meter tidak berfungsi.

tiba tiba.

kapcai yang lebih klasik. honda 80 terhenti di tepian jalan.

warga emas mungkin. lelaki cina berkepala botak dan wanita india berpakaian lusuh. 

basah. lencun.

aku berhenti. bertanya.

"amacam uncle?"

"lantai lucut."

alamak. bukan bidang aku.

"mahu tolakkah?"

"takpa takpa. wa pomen."

senyum muka orang tua. susah nak jelaskan mimiknya dalam penulisan.

"takpa lah adey. hujan. nanti basah"

senyum orang tua lagi. kali ini wanita india tua pula.

tak sampai hati. 

tiba tiba berhenti satu kereta. cantik pemandunya. tetapi hampa. mungkin sudah berpunya. mungkin.

"auntie. ambil ni."

payung warna biru diberi. tanda kasih bersemi. terukir jelas "sayangi selangor yakini bn".

aku tersenyum. tergelak.

"uncle. wa jalan dulu."

"wokeh"

100 meter di hadapan. aku mengintai mereka dari cermin sisi original kapcai.

lelaki cina tua bergurau senda. wanita india tua bergelak tawa. 

di dalam gerimis? dalam keadaan kuyup? sedang ditimpa ujian? masih sempat lagi bergurau senda bergelak tawa?

aku terus tersenyum dan tertanya tanya.

mereka suami isteri agama apa?

ah. peduli apa. 

asalkan bahgia.

sekejap.

adakah itu ertinya bahagia?

entahlah.

-inspirasi cimie pendo-
si penglipur lara
part time writer

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.