11/01/2004.
dalam sekelip mata sahaja. seorang fasilitator menolak tangan mereka. habis jatuh berkecai. pecah telur tembelang.
hampa sungguh dengan perbuatan itu. musuh yang serang dari belakang lebih hina dari pengemis yang mengemis!
saya tidak faham kenapa peristiwa itu harus berlaku. apa sebenarnya pengajaran pada malam itu?
yang datang pasti pergi? itulah nasib barang amanah[telur ayam] kami.
diberi bukan untuk dijaga dengan baik. tetapi. diberi untuk dimusnahkan. demi kepuasan nafsu hiburan mereka.
apa gunanya mengherdik. memaki. bila mana barang amanah itu tidak kami jaga dengan baik?
lebih baik kau goreng. makan dengan roti. kau akan dapat satu burger telur yang tiada bandingannya!
malam yang terakhir bagi sesi suai kenal. juga masih tercari-cari apa yang saya tertinggal? apa yang saya terlepas pandang?
saya minta maaf.
Tweet
saya rindukan malam itu. persembahan terakhir dari setiap kumpulan orientasi. saya, amir kependeng[ketua kumpulan], abang or-deng[fasilitator kumpulan]. dan beberapa ahli kumpulan yang lain. membuat persembahan nyanyian.
mujur waktu itu saya masih lagi belum terjebak dalam arena rock keras. suara saya tak terkeluar. liriknya mudah. ditambah lagi dengan melodinya.
saya tidak pasti melodi lagu apa yang kami guna pakai. kerana ia lagu inggeris. dan saya tidak minat lagu inggeris.
malam itu. kami diberi arahan untuk tunjukkan barang amanah masing-masing.
lucu.
ada yang keluarkan batu. ada yang keluarkan stokin. semua itu hanya sebagai gantian barang amanah yang telah hilang ataupun pecah.
lucu.
ada yang keluarkan batu. ada yang keluarkan stokin. semua itu hanya sebagai gantian barang amanah yang telah hilang ataupun pecah.
tiba-tiba ada seorang lelaki yang masih menyimpan barang amanah dengan baik. iaitu sebiji telur ayam.
tidak lama kemudian. muncul lagi seorang wanita. turut menjaga dengan baik barang amanahnya.
saya betul-betul tak sangka. hebat sungguh mereka. lalu, mereka disuruh naik ke pentas.
mereka memperkenalkan diri. hayat namanya. manakala yang wanita hayaton. saya fikir mereka memang secocok. sepadan bagai pinang dibelah dua.
ketika mana abang-abang dan kakak-kakak fasilitator memberi arahan.
"angkat barang amanah kamu berdua. tunjukkan pada kawan-kawan kamu"
dalam sekelip mata sahaja. seorang fasilitator menolak tangan mereka. habis jatuh berkecai. pecah telur tembelang.
hampa sungguh dengan perbuatan itu. musuh yang serang dari belakang lebih hina dari pengemis yang mengemis!
saya tidak faham kenapa peristiwa itu harus berlaku. apa sebenarnya pengajaran pada malam itu?
yang datang pasti pergi? itulah nasib barang amanah[telur ayam] kami.
diberi bukan untuk dijaga dengan baik. tetapi. diberi untuk dimusnahkan. demi kepuasan nafsu hiburan mereka.
apa gunanya mengherdik. memaki. bila mana barang amanah itu tidak kami jaga dengan baik?
lebih baik kau goreng. makan dengan roti. kau akan dapat satu burger telur yang tiada bandingannya!
malam yang terakhir bagi sesi suai kenal. juga masih tercari-cari apa yang saya tertinggal? apa yang saya terlepas pandang?
saya minta maaf.
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.