14 Feb 2014

JPJ Sungai Rasau

bismillahilazim.

petang tu kelam kabut. dengan tak beli barang niaga lagi. kena ke jpj atas urusan tukar nama. haishh pakistan ni. banyak susah berurusan sama lu. kasihan bapak gua bertongkat lelah.

petang tu. sambil tunggu giliran. gua dan baba pun duduk di sebelah pakistan lain yang tak dikenali. entah apa cerita sampai gelak berdekah2.

" kamu sudah kahwin ka young boy "

ni pehal pulak ni ? nak rekemen anak dia ke?

" belum uncle, apsal ? "
" aiyo yo, ni atuk sudah rindu cucu lah young boy. bila mahu kahwin ? "

soalan ni sebenarnya cepumas. nak tahu apa soalan yang lebih kurang sama ?

bila mahu mati ?

jodoh ajal maut atas kuasa tuhan. bukan kerna aku tak nak mencari. tapi malu sama Allah. cintaNya entah ke mana ? lagi pun...

" takde siapa mahu la uncle "
" haishh. muka ini cantik pun tada orang mahu ka. atau kamu banyak pilih. kalau tak mahu susah. ini kasi atuk cari kan lah. haha. "

atuk kau panggil bapak aku ? tak pernah kena sepak pakai selipar ke? nasib kau kata aku cantik. cantik lah sangat pakcik pakistan hoii.

" dia muda lagi. belum cukup 25. abang2 dia pun belum mahu kahwin lagi. tapi saya ada cakap. kalau dia mahu kahwin. kasi jalan dulu lah. saya pun dulu itu macam juga. "

baba sibuk2 mencelah. aku diam. malas nak layan. tapi lihat lirik wajah baba. aku tahu dia kempunan cucu sendiri yang mesra dengannya. yang selalu main tongkatnya. yang selalu teman membeli aiskrim.

" yang selalu merindu cintanya dan selalu ada di sisinya "

wahai sahabat dan saudara ku. ingatlah. cinta tak semestinya bersama. kekadang kerana mencintai kita melepaskannya.  maka cukup lah cinta dalam diam.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.