ya Allah. andainya takdir ku miskin. hilangkan rasa ingin kaya. juga jauhkanlah diri ku dari maksiat. samada dari lahiriah dan batiniah. sesungguhnya aku hamba yang lemah dan tidak berdaya. malah
malu berperilaku dosa terhadapMu. amin.
kalau kita perhatikan. dua kali kita feel sorry. mula2 minta ampun. last sekali minta maaf. tu tandanya kita sebagai hamba yang bergelar manusia ni tidak pernah lari dari dosa.
pesan dari seorang sahabat.
sabarlah jadi hamba Allah. kita hidup ni tak lama. paling lama pun 63 atau 64 tahun. kalau lebih tu kira extra. ikut perintah Allah. tinggalkan larangan Allah.gua sedar siapa gua untuk memberi sedikit tazkirah pagi2 ni. gua tahu kedudukan gua. gua takda title ustaz. gua pun lagho. selalu kaki lepak. tetapi kalau kata2 gua yang bodoh ni lu tak mahu baca. tak mahu dengar. takpa. gua baca sendiri. gua tatap sendiri. gua renung sendiri.
mintalah ampun pada Allah. mintalah banyak2. minta tu dulu. barulah minta yang lain. insyallah. Allah mesti bagi punya. cuma caranya berbeza pada setiap manusia. ada yang sampai sempat. ada yang sampai lambat. ada yang dapat sama dengan yang di minta. ada yang Allah gantikan lain dari yang di minta.
biasanya bila Allah gantikan sesuatu yang lain untuk kita. hah. masa awal2 tu memang rasa berat 66. memang rasa tak puas hati. tapi siapa yang hatinya masih lagi ada cenderung pada Allah. percaya dan yakin pada Allah. Insyaallah pasti akan redha. kalau tak masa tu. mungkin setelah beberapa waktu berlalu. setelah kita melihat kebaikan dan manfaat di sebalik gantian itu.
masa tu, baru kita nampak. baru kita sedar. baru kita tahu. betapa rahsianya takdir Allah. betapa Gah nya petunjuk Allah. betapa hebat. takjub. dan WOW! dasyat kan? lu ingat lu siapa nak bising2 pada Sang Pencipta.
sebab tu biasa kita dengar.
ada rahmat disebalik musibah. ada hikmah disebalik yang berlaku.tetapi gua lebih suka dengan statement ni.
ada rahasia disebalik rahasia.macam ayat indonesia? gua peduli apa. gua anak jawa. haha. segala yang baik lahir dari Allah. segala yang buruk lahir dari kesilapan gua sendiri. namun hakikatnya baik dan buruk itu lahirnya dari Zattullah.
wallahua'lam. Tweet
Aminnn... :)
ReplyDelete