gambaq tiada kena mengena
malam semalam. waktu aku dari damansara nak pulang ke rumah. aku rasa macam gelong tayar belakang.(aku naik motor je) cek2 rupanya tayar pancit. mungkin bocor halus kot. aku singgah stesen minyak. mintak sikit angin.
lepas tu, aku redah saja. malam2 mana nak cari tayermen.
dalam perjalanan pulang. tiba tiba semua kenderaan bergerak perlahan. entah kenapa. aku rasa macam nak maki. rupanya ada kereta rosak kat depan.
terdapat pelbagai situasi dan perasaan yang dapat di simpulkan.
pertama :
kalau aku sebagai pemandu di belakang yang dihimpit masalah jem. di sebabkan kereta di depan memperlahankan kenderaan masing2. pasti aku rasa macam nak maki.
" bawak kereta slow2 bukan nak tolong pun. tahu cuma tolong tengok je. apa lah rakyat malaysia ni. jalan macam biasa je lah. bukannya kereta tu makan jalan orang pun. kat tepi jalan kan. lagi buat jem jalan je. hampeh! "kedua :
kalau aku sebagai pemandu jugak. tapi kali ni aku yang kat depan. mesti aku jugak bawak slow. tengok sambil buat muka simpati.
" kesiannya. hem. nak tolong dah ada orang tolong. nak berhenti dah ada orang berhenti. lagi pun aku bukan pomen pun. sori bro/sis/angkel/anti. aku nak cepat ni. "ketiga :
kalau aku sebagai insan yang di beri ujian tuhan. kereta atau motor terdampar di sisi jalan. tayar bocor. habis minyak. brekdawn.
" ish. takpelah. tadah je lah. kalau ada yang nak tolong pun tak pe lah. hoi! tak reti bawak kereta slo2 ke? haram jadah. tak nampak aku terhencut hencut kat tepi jalan? kalau langgar aku macam mana? abah beliau "kesimpulan yang dapat aku buat adalah :
kalau anda tak boleh membantu. sekurang kurangnya perlahankan lah kenderaan bila tengok orang tersadai kat tepi tu. sekurang kurangnya kita rasa buat diri diorang selamat. dan hadirkan rasa simpati kita kat diorang.
kalau yang kat depan jalan slow sangat. nanti yang belakang maki anda pulak. berpada padalah bagi simpati. yang kat belakang pulak. bawak2 bersabar. jangan cepat sangat melenting macam aku. haha.
wallahua'lam.
Tweet
dimana pon situasi kita.. always bersabar kerana sabar tuh kan indah.. eh.. haha
ReplyDeletesabar separuh dari iman jugak. :D
Deleteaku takda pengalaman naik motor, jadi, kenalah banyak bersabar, naik kereta pun ada stressnye jgk
ReplyDeletekau tak pernah naik motor?? halamak.. tak merasa lah jadi rempit. hahaha.
DeleteSalam kenal..donefollow here
ReplyDeletesalam. :D
Delete