Pada zaman sebelum merdeka dulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Lurah Idaman. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan.
Sumpahannya apa jer benda yang dipegang oleh Tuan Puteri ini akan menjadi cair. Oleh sebab tu, semua jejaka teruna tak mahu dekat dengan puteri tersebut sebab terlalu takut. Yelah silap terpegang ke, sekali cair. Tak ke naya tu!
Di pendekkan cerita, Ahli Nujum Negara memaklumkan bahawa Tuan Puteri Lurah Idaman akan terlepas daripada sumpahannya jika puteri dapat memegang sesuatu yang TIDAK AKAN CAIR!!!
Oleh hal yang demikian Maharaja Panjang Seinci, iaitu ayahanda Tuan Puteri Lurah Idaman telah mengistiharkan satu perkhabaran penting. Barang sesiapa yakni lelaki teruna yang dapat membawa sesuatu yang apabila puterinya pegang tak menjadi cair, maka lelaki itulah yang akan berkahwin dengan puterinya itu.
Maka pada hari yang ditetapkan, berduyun-duyun ler lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan itu pun berlangsunglah.
Muncul lelaki yang pertama;
Maharaja : Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki Pertama : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.
Tuan puteri pun pegang la logam keras bernama Titanium itu. Apa lagi, kecewa ler lelaki pertama tu apabila logam tersebut menjadi cair.
Pastu lelaki kedua pula muncul;
Lelaki Kedua: Hamba membawa batu berlian. Menda nilah yang paling keras dalam dunia. Lepas merdeka nanti, batu berlian ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Macam biase, berlian tu pun cair gak bile Tuan Puteri menyentuhnya. Hebat sungguh sumpahan Tuan Puteri Lurah Idaman nie. Sekeras-keras objek kat dunia ni abes cair! Apa punya badi la yang melekat kat badan puteri ni, tak tau la. aHAKS!
Dipendekkan lagi cerita, terpacul lelaki yang terakhir. Tapi lelaki yang last ni lain macam sikit la.
Maharaja : Hey, kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je? Kalau nak menyanyi pi masuk Akademi Fantasia 6 lah!
Lelaki : Patik ada membawa 'benda' Tuanku. Tapi 'benda' hamba tu ada dalam poket seluar hamba ni.
Maharaja : Owhhh... Kalau begitu, keluarkanlah 'benda' kamu tu. Biar puteri beta cuba memegangnya.
Lelaki : Eh, mane bole! 'Benda' ni sulit Tuanku. Kalau Tuan Puteri nak pegang, seluklah dalam poket hamba ini.
Maharaja : Hmmmm.... Kalau begitu, oraitlah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk ke dalam poket lelaki itu. Puteri Lurah Idaman teragak-agak juga sebab dia tak tau apa yang ada di dalam poket lelaki tersebut.
Akhirnya Tuan Puteri terpegang la jugak 'benda' lelaki itu. Apa lagi, mukanya menjadi merah kerana menahan malu. Lelaki itu plak bole bantai sengih jer. Suka la tu 'benda' dia kene pegang!
Tiba-tiba Tuan Puteri menarik tangannya kembali lantas berlalu dari situ kerana malu, segan, teruja dan macam-macam perasaan lagi lah.
Maharaja yang berasa hairan pun bertanya kepada anakandanya itu;
Maharaja : Anakanda dapat pegang 'benda' tu?
Puteri : Dapat....
Maharaja : 'Benda' tu cair?
Puteri : Tak....
Maharaja : Baiklah, dengan ini beta isytiharkan lelaki ini menjadi menantu beta!
Lelaki : Wahahahahahahehehehehehuhuhuhuhuhuu....
Wah, bertuah sungguh lelaki terakhir tu yeak. Tapi apakah 'benda' yang telah Tuan Puteri Lurah Idaman itu pegang? Kenapa pulak lelaki itu ketawa? Yang paling penting, kenapa 'benda' tu tak cair?
KORANG rasa-rasa 'benda' apa yang telah Tuan Puteri itu telah pegang?
Muahahahehehehehuhuhuhuhu...
'Benda' itu ialah ;
Coklat M&M 's - CAIR DI MULUT, TIDAK DITANGAN!
KORANG ingat ape? Otak tu biar betul sikit kawan! Tak sesuai tau KORANG nih! Wahahahaha....
Tweet
la... deno ingat apa tadi... :)
ReplyDeletep/s: boleh baca ttg SLE di menutab blog daynag deno di kotan "What is SLE?".. thanks for ur support :)
*kotak
ReplyDelete