"Ape nyer ..serius je bunyi nyer.." Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ada dia berkata... "Aku ni kepingin nak berbinikan ko... ko sudi tak?.." Si janda tersenyum dan diam seketika. Lalu si janda menjawab
"Erm... sudi... " Setelah berborak seketika si janda dan duda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.
Pada malam itu si duda gelisah. Dia tidak ingat jawapan yang diberikan si janda petang tadi. Adakah dia sudi atau tak. Yelah dah tua-tua nie memori pendek sikit. Setelah berfikir sejenak si duda tidak juga mendapat jawapan. Lalu terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada si janda. Si duda mendail no telefon si janda. Nak pergi rumah tak molek pulak dah malam-malam macam ni.
"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertanya... almaklum dah tua mudah lupa... petang tadi aku bertanya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.." Mendengar suara si duda, si janda pun berkata"Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... " si duda pelik dengan kata-kata si janda lalu bertanya "Kenapa...? " Dan si janda menjawab "Aku pun lupa siapa yang ajak aku kahwin petang tadi". Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.