ekoran peristiwa pahit di lahad datu. aku sebagai masyarakat dan rakyat malaysia turut tersentap dan terkejut. tidak menyangka yang mana negara yang aman seperti kata dato seri najib telah di cerobohi oleh pengganas ?
mengikut perkembangan yang telah aku ambil dari pelbagai berita. di internet atau di media arus perdana. terlalu banyak persoalan timbul dari kotak fikiran aku yang marhain ini.
persoalan I :
sultan sulu menceroboh dan menyerang sabah untuk menuntut hak atau sengaja ingin meperluaskan kuasa ?
persoalan II :
sultan sulu, sultan kiram III. mendakwa dirinya ingin menuntut hak tanah mereka. daripada penyataan ini, kita boleh simpulkan bahawa. jika ada sesuatu atau seseorang yang ingin dituntut atau menuntut. maka secara teorinya pasti ada sesuatu atau seseorang yang dijanjikan atau menjanjikan.
siapa yang menjanjikan tanah untuk sultan sulu ?
kenapa perlu menjanjikan tanah untuk sultan sulu ?
persoalan lain III :
dakwaan media arus perdana yang menyatakan bahawa sultan kiram III ingin menawan dan merampas sabah.
apakah sultan sulu terlupa perjanjian keturunan mereka dengan SBUB dulu ?
adakah sultan sulu memang ingin meluaskan kuasa untuk memerintah sabah ?
tamak ? kerakusan kuasa ?
menurut pemerhatian dan menelaah dari pelbagai sumber. mahupun dipercayai atau tidak dipercaya. menurut aku. keturunan sulu dan bala tenteranya Gah pada agamanya(Islam). mereka juga berjuang atas kalimah Lailahaillallah. tapi mengapa malaysia(sabah) pula yang ingin mereka berperang ? sedangkan kami semua serumpun(Islam).
adakah kerana kebanyakan Islam dalam malaysia hanya atas catatan dalam kad pengenalan ?
membuatkan mereka rasa kita hanya munafiq(hipokrit) ?
persoalan IV
Islam berperang dengan Islam. adakah itu jihad?
sepertimana sayyidina ali abu talib dengan muaawiyah abu sufyan. mereka hebat ilmu di dada. antara sahabat nabi yang terkemuka. disebabkan perselisihan pendapat. dicampur lagi dengan fitnah si batu api. maka berlaku pertumpahan darah.
apakah erti jihad yang sebenarnya ?
wallahua'lam. Tweet
Ya banyak persoalan yg timbul. Negara mana di dunia sanggup memberikan tanahair mereka kepada org lain. Korea utara vs korea selatan, iraq vs iran (dahulu), Israel vs palestine, China vs Jepun dll. Apa yang mereka ingin kuasai?
ReplyDelete