hampir tiga minggu mereka berjuang. meninggalkan segala kebahagiaan dan keseronokan.
menepis belaian kasih cinta seorang isteri. ibu. bapa. anak. keluarga. semuanya demi keamanan rakyat dan pemimpin negara mereka.
sama ada yang korupsi atau rasuah. pro kerajaan atau pro pembangkang kerajaan. mereka tidak ambil peduli dengan persengketaan kita di sini.
di saat waktu hanya tahu menuding jari pada orang lain. salah menyalahkan antara satu sama lain. mereka pejamkan mata. memekakkan telinga untuk terus berjuang hingga ketitisan darah terakhir. hingga upaya dan daya terakhir.
berjuang demi keamanan dan kebahagiaan orang lain. itulah takdir seorang tentera.
bak kata bapa aku. "kerja askar ni memang untuk bermati matian. sama ada dia yang membunuh atau dia yang dibunuh"
usah di fikirkan. jangan di persoalkan. yang muslim itu syahid atau tidak. kerana yang lebih berhak melabelkan. yang lebih mengetahui hanyalah Allah.
teruskan berjuang. itu adalah tugasmu. membahagiakan dan mendapatkan keamanan untuk orang lain itu kerja murni. kerja mulia.
apakah membahagiakan dan memberi keamanan untuk orang lain itu mendapat tempat di neraka Allah ?
tak usah fikirkan. tak usah dibincangkan. lihat masa lalu. sekurang kurangnya sejak kita bangun pagi tadi. sampai ke hari ini. adakah kita pernah membahagiakan orang lain ?
nak buat untuk hari esok ? belum tentu esok masih ada.
wallahua'lam. Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.