ijazah yang terbaik dari jalanan. dari pengalaman bercakar dan bersalaman. - malique
waktu aku diterangi cahaya. sengaja aku menutupi. maka saat Sang raja hati memerintah. gelita lah seluruh cakerawala.
nampak luar gagah. tapi takutnya yang sebenar tak ramai yang tahu. aku bukan takut. bukan geli. bukan menyampah. tapi suatu peristiwa menghiris luka yang lama berdarah kembali. bukan dendam tapi trauma.
pada suatu cerita dahulu ----> aku ni biasa tidur kat dapur. almaklumlah bilik ada satu. kongsi2 tak seronok. walaupun semua adik beradik aku lelaki. lalu aku pun jadikan dapur rumah ni multifunction.
banyak aktiviti aku lakukan di dapur. tengok t.v. makan. tidur. mengelamun. buat kerja sekolah. tukar baju. tukar seluar. masa tu aku tak pandai pakai seluar dalam lagi.
seperti rutin harian. dalam pukul 10 hingga 11 malam aku akan tidur. fasal esok hari kena sekolah. entah macam mana pada suatu malam dahulu. tiba tiba terasa ada benda lepak kat telinga. lalu aku terjaga.
terkejut bercampur geram. aku tengok seekor lipas sedang seronok mengembara. tindak balas aku juga seperti biasa. melompat berlari seakan akan dipanah petir. apabila aku mula merasa sesuatu lendir di bahagian pipi. aku pun mengesat dan ambil peluang itu untuk menghidu. mana mungkin tahi telinga berlendir dan berbau seperti itu. aku syak dan wasangka telah dikencing oleh seekor lipas.
maka sejak peristiwa bersejarah itu. aku mula racist !
namun hari ini. di dalam sujud pertama solat zohor siang tadi. ternyata jelas hilang ketenangan dalam beribadah. baru aku perasan. ada lipas mati hasil dari pemburuan kucing kesayangan aku terdampar di tengah2 sejadah. aku terus memejamkan mata. sampai sahaja salam kedua. aku melihat kecilnya jasad lipas ciptaan yang esa.
tiada daya dan upaya. tidak bergerak sedikit pun. mati tanda rohnya telah kembali. timbul perasaan hiba. takdirnya sebagai lipas menjadi hinaan makhluk berakal. kekadang makhluk berakal lebih hina dari lipas pun ada. setuju ?
menjadi makhluk yang kotor dan mengotori adalah suatu yang hina dari pandangan makhluk berakal. tapi siapa tahu kelebihan lipas. sudah jelas Allah yang Maha mengetahui. tapi apa yang aku tahu. tauke ridsect dengan shieldtox attack mesti tengah mandi duit.
aku sedar. aku silap. aku sibuk racist terhadap serangga ini. sedangkan serangga ini tiada satu pun dosa. untuk langkah berjaga jaga daripada di kencing lagi. aku serahkan tugas ini pada kus kus 2 untuk menjaga keamanan.
sejak saat tadi. kesedaran mula menghikis sikap tak guna aku yang lalu. aku pun berlalu sambil membiarkan kucing belaan yang menyelesaikan.
wallahua'lam. Tweet
paling x sukA LIpasss..
ReplyDeletekadang2 apa yang kita tak suka tu ada hikmahnya. hihi.
Delete