licin sungguh perjalanan ini pada awalnya. aku memulakan kerjaku dengan kalam Allah. setelah bermula, aku nampak lebih yakin. setiap inci penjuru aku ukurkan. setiap tinggi syiling, aku perhatikan.
hem. berat 66. entah kenapa selepas habis ukur. rasa kurang yakin dengan hasil kerja aku. macam nak ukur sekali lagi. tapi, masa tak mengizinkan. takpa lah. apa sahaja yang berlaku lepas ni, gua tadah. insyaallah aku siap untuk di hamun. kalau silaplah ukuran aku tu.
ok. aku ingat boleh lah balik awal. habis ukur pkul 7.33 malam. rupanya niat busuk tu tidak diizin oleh Dzat yang Maha Agung. Dia turunkan hujan curah mencurah. di tambah pula angin memukul kuat. redha. terpaksalah aku maghrib di rumah customer. nak kata panjang lebar bercerita tu boleh di bayangkan macam aku ulang alik meru
sampai seksyen 13 shah alam dua round.
hujan masih lagi membiarkan aku terleka dengan keropok ikan hidangan tuan rumah. mujur aku sedar dan menguatkan semangat untuk meredah. lagipun hujan tatkala itu hanya sekadar jentik buku lali pakai jari kelingking tangan kiri aku.
lalu, aku pun berlalu. di setiap perjalanan bermacam ragam aku lalui. terutamanya jalan seperti rata. rupanya indah kabar dari rupa. lopak yang bertakung air aku langgar. makin jahanam fork motor kriss solid black gua.
ada sebentar aku terpaksa buka cermin helmet aku. asbabnya jalan gelap kurang tiang lampu jalan, sambil2 lampu motor macam torchlight fone nokia E71 secondhand aku. sedang aku layan menikmati air hujan menjentik jentik wajah. tiba2.
SPLASH !
aku tenung kereta iswara yang agak buruk tu. selamba saja dia langgar lopak besar tu. habis muka aku di simbah percikan air lopak yang bertakung. memang perasaan aku hampa dan marah. lalu aku fikir dalam2. itu bukan salah dia. juga bukan salah aku. juga tiada sesiapa yang bersalah. kerna ianya adalah hadiah dan nikmat yang berupa ujian di berikan oleh tuhan kepada aku.
selepas kejadian air lopak yang menempeleng wajah aku. walau rasanya seperti di tempeleng guna spender yang basah. aku meneruskan episod sabar dan redha ini sampai pulang ke rumah. di setiap saat selepas peristiwa itu, membuatkan aku terus tersenyum dan menikmati lebihan rahmat kurniaan Ilahi. setiap titisannya aku di basahi. mengalir di setiap kelopak2 wajahku terus turun ke kaki.
ALAMAK !
sudah habis basah lenjun aku rupanya. namun siapa sangka, buka pintu rumah saja sudah bau nasi goreng kampung telur mata kerbau separuh masak. alahamdulillah. kenyang sudah.
wallahua'lam. Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.