lepas sahaja berhenti hujan petang hari isnin ini. maka genab lah 6 bulan gua bertapa di rumah. perkara yang sia2 sudah pasti tidak pernah putus gua lakukan. contoh teladan untuk kaki gamers. mohon layan fifa13.
sedihkah hidup gua hari ini ? memalukan kah hidup gua lepas tamatnya pengajian diploma di PSA. gua cuba tidak ambil peduli terjahan mulut longkang masyarakat setempat. gua tabah menerima. dan sudi menjadi pendengar yang baik.
namun, hati tidak boleh menipu. sukar untuk gua telan dalam2. bukan mudah. gua sembunyikan gulana gundah. riak muka pilu tidak bisa di tipu. gua tenung wajah mak bapak. lalu gua tunduk. terasa diri tiada guna.
mungkin takdir gua bukan seperti kalian yang berkemeja dan bertali di leher. mungkin juga takdir gua bukan tunggu wang bank in hujung2 bulan. gua tak bisa menayang muka di khalayak. gua tidak mampu untuk lancar dengan hujah lidah. gua sentiasa tak perform. dah apply kerja tapi tak mahu pula. bukan memilih. cuma berkira. entah lah nak.
lalu, senyum gua terbitkan. agar kalian gembira melihat gua gembira. semoga dengan senyuman yang di lontarkan. bersama lesum pipit di sertakan. gua mohon kalian semua gembira. apabila kalian melihat gua gembira.
salam. Tweet
Kepada sahabat yg dikasihi. Kata orang rezeki itu ada di mana-mana. Kata orang selagi kita usaha selagi itulah usaha kita itu bukan kerja sia-sia. Kata orang lagi, rajin itu mengkayakan kita (dari pelbagai aspek). Jadi rajin-rajinlah anda berusaha mencari rezeki tuhan itu yg datangnya dari titik peluh kita sendiri. Itu menutupkan mata yg melihat dan mulut yg berbicara busuk mengenai kita. Live your life and Life is Yours. Anda adalah yg terpilih.. ;))
ReplyDeleteserius. aku tak faham apa maksud ayat yang terakhir tu.
ReplyDelete