saat genggam erat emas. peluk cumbu kasih keluarga. diri bersih sihat kemas. otak cerdas sangat geliga.
adakah ini bahagia? benarkah emas dapat membahagiakan? berkeluarga? sihat sentiasa? fikiran yang bernas?
waktu mula bikin aku keliru. di himpit tekanan perasaan. tanpa wang, harus bagaimanakah aku ingin menjamin keluarga. tanpa kekemasan diri, dimana cara untuk mendapat buah fikiran.
gelisah dalam kebasahan. aku merayu. di mana bahagia. jelas aku kecewa. terpancar di jiwa.
melihat mereka senang dan gembira berterbangan di angkasa. sedang aku terduduk tersenyum sendirian. sayap sudah di kait. namun berkali juga putus jahitan. aku melihat lagi. kali ini melihat sayap pemberian ilahi. apa guna sayap diberi namun tidak ada praktikal.
hati kecut remuk berderai. di tambah di uji melihat mereka terbang bebas. kali ini mereka tanpa sehelai bulu sayap pun. namun mereka mampu bergerak bebas di awan. bahkan di beri insang, tetap jua mampu berlumba dengan helang. mula menimbulkan pelbagai firasat dari sekecil hati kotor. lalu hati berkata, apakah itu bahagia?
aku masih lagi tersenyum, sampaikan gelak perlahan. tona warna sedikit kusam. tanda kecewa sayap jadi pekasam.
aku cuba menyelam. bersama sayap sayap yang rapuh. namun ramai yang pelik dan bertanya.
"mengapa kau menyelam di sini? sedangkan kau ada sayap. apakah kau tidak sayang dengan sayap itu?'
"kalau kau tahu peluang untuk terbang tipis. kenapa kau pilih untuk mendapat sayap?"
aku cuma mampu tersenyum menutup malu dan kecewa. sedikit rasa kesal mula terbit. walau aku tahu, itu tanda tidak redha atas pemberian Dia. jelasnya, andai aku diberi peluang untuk bernafas dalam laut ataupun berjalan di angkasa, adakah aku akan bahagia ? Tweet