Al Kamil
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Tweet
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"bila sampai di tempat itu. maka tetaplah kau di tempat itu. tidak ubah ubah lagi."
setelah kisah perjalanan nafsu mardhiah yang telah confirm menang. namun perjalanan kali ini lebih terserlah kemenangannya. bukan sahaja sudah menaiki podium. malah sudah menyarungkan kalung bunga. piala sudah di julang. dan telah tetap lah kemenangan itu milik si pemenang. tanpa perlu khuatir lagi dengan ujian dadah bagi ahli ahli sukan. kerana itu semua telah dilalui dahulu.
hati dan jiwa telah merdeka. tidak lagi dibelenggu nafsu nafsu kotor. perjalanan kali ini juga perlu melalui perjalanan perjalanan nafsu yang sebelum sebelum ini. ada dua cara ke perjalanan al kamil ini dilalui oleh khowasul khowas (mereka yang terpilih dari yang terpilih).
ada yang terus melalui secara lompatan. tanpa melalui onak duri. ranjau perjalanan nafsu nafsu yang sebelum ini. mereka terus menerus ke peringkat ini. dan juga lagi satu cara adalah dengan melalui setiap susah payah perjalanan sufi ini. ada yang sampaikan berbelasan tahun. malah ada yang sampai berpuluh tahun.
bagi mereka yang terus meloncat ke perjalanan nafsu al kamil adalah kurang berkualiti jika dibandingkan dengan mereka yang mendapat dengan usaha gigih merentasi setiap nafsu nafsu. sehinggakan nafsu terdidik dan mencapai maqam yang tertinggi. gua sendiri tidak faham. menurut rujukan gua, diperkatakan mereka yang terus meloncat itu. kebarangkalian tidak dapat istiqamah.
oleh itu. perlulah mencari guru guru yang bersambung sambung ilmunya. sehinggalah dari punca ilmunya. iaitu habiballah. rasullullah S.A.W.
tetapi apa yang jelas. mereka mereka ini telah tetap. tetap di tempat masing masing. tidak akan berubah ubah. tiadak akan turun naik iman. tetap dan berkualiti. itulah iman dan taqwa dari seorang yang sudah menang. nafsu sudah pun menjangkau maqam yang paling mulia.
juga nafsu ini adalah diibaratkan seperti emas bermutu sepuluh. perjalanan ini adalah milik mereka mereka seperti khulafa' arrasyidin dan yang sezaman dengannya dan sebagainya. rasul dan nabi juga mempunyai maqam baqa' billah(nafsu al kamil). tetapi para dan nabi ada keistimewaannya sebagai kekasih ilahi.
"rasul ibarat maqam berlian."
nabi ibarat maqam intan.
ketika di maqam ini. maqam yang teristimewa berbanding dengan maqam maqam yang lepas. dapat dihimpunkan antara zahir dan batin. antara hakikat dan syariat. atau lebih mudah difahami. batin nya milik Allah. manakala zahirnya jua. tetapi zahirnya masih lagi berbicara dan bergaul sesama makhluk ciptaanNya. zahirnya telah terzahir syariat yang telah lahir dari habiballah.
sifat sifat ketika maqam ini. tidak lah diragukan lagi kemurnian dan terpuji sifatnya. syurga bukan sahaja telah menunggu. bukan sahaja sedang melambai lambai dan memanggil. bukan sahaja sudah sedia menjemput. tetapi sudah tersedia singgahsana yang tersergam indah. keindahan yang diluar jangkaan fikiran miskin manusia.
"kesimpulan mereka mereka"
tiap tiap rasul itu nabi.
tiap tiap nabi itu wali.
tiap tiap wali itu sufi.
sudah lah menang.
wallahua'alam
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.