Bila aku terlupa. aku diperingatkan. bila gua terleka. gua dikejutkan. bila hamba melalui jalan jalan gelap. hamba diberi lampu penyuluh untuk di suluh. menyuluh ke satu satunya jalan. satu jalan yang menuju ke satu destinasi. satu destinasi yang sememangnya pasti.
buat kali kedua selepas wali Allah : Ibrahim Adham. sekali lagi ruang dan peluang yang diberi. untuk coretan penulisan ini. penulisan tentang wali Allah ini. lahirnya Abdul Qadir di Naif. satu daerah Jilan di Farsi. kelahiran nya pada Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 masihi (yang masihi lebih kurang le..).
anak yang terpilih hasil daripada perkongsian hidup insan yang terpilih. Abu Saleh bapanya, berketurunan Imam Hasan. cucu tertua Rasulullah. begitu juga ibunya berketurunan Imam Husain. kedua-duanya adalah turun menurun dari nabi dan rasul terakhir umat sejagat.(harap maaf le, gua tak tahu nama ibunya). dalam rujukan gua Sayyidatuna Hababah Fatimah ra (andai tersilap penulisan, sila tegur)
sejak dari kecil beliau seorang yang pendiam dan bersopan santun. beliau sering termenung. termenung memikir sesuatu. sesuatu yang sangat sangat pasti. perkara mistik seperti alam malakut atau alam akhirat. sehinggakan umur semakin meningkat dewasa. belasan tahun mematangkan lagi jiwa(ketika 18 tahun jika tidak silap). dengan keinginan yang meluap luap untuk mencari ilmu Allah. mencari ilmu akhirat. maka berangkatlah beliau ke baghdad(waktu ini bapanya sudah jauh dari duniawi). beliau juga telah digelar Ghous-ul-Azam atau wali Allah yang paling tinggi.
macam panjang sahaja kisah ini. tapi gua peduli apa. selagi kudrat gua Allah kurniakan. selagi itu gua teruskan penulisan. menurut rujukan gua. beliau dibekalkan 80 keping emas. salah satu harta yang ditinggalkan oleh arwah bapanya selain dari ibunya yang tercinta. dan telah dimasukkan ke dalam kocek di celah ketiaknya. hasil jahitan dari tangan seorang ibu mithali.
sambilkan dengan pesanan oleh ibunya. pesanan ringkas malah memberi berjuta makna.
"jangan kau berdusta walau apa pun yang terjadi. "
pemergian nya meninggalkan bonda yang mithali bersama sama dengan satu kafilah atau satu rombongan/kumpulan. dengan izin Allah. maka ditakdirkan jodoh mereka dengan sekumpulan perompak. yang dimana waktu perompak kian sebok dengan kerjanya. beliau langsung tidak dipedulikan. baju yang lusuh dan kasut yang buruk disangka miskin. walhal kaya dengan keimanan dan ketaqwaan.
secara tiba tiba beliau ditegur. teguran daripada seseorang yang bakal menuju ke jalan Allah.
ketua perompak : wahai budak ! apa harta yang kau ada?
beliau : aku mempunyai 80 keping wang emas.
ketua perompak : di mana ? aku tidak nampak apa apa selain baju mu yang lusuh dan buruk.
beliau : ada di poket celah ketiak ku. ibu yang menjahit kan untuk aku. sebagai ruang untuk menyimpan wang emas ini.
ketua perompak terdiam. dan mengarahkan anak buahnya(mungkin bukan anak saudaranya) untuk melakukan inspection pada beliau. dan ternyatalah benar. sangat benar benar belaka apa yang di katakan oleh beliau. maka.
ketua perompak : mengapa kau begitu jujur terhadap perompak tegar seperti ku.
beliau : ibu ku telah berpesan pada ku. agar tidak berdusta walau apa pun yang berlaku. kerna
berdusta adalah salah satu syarat untuk mengunjungi neraka Allah.
dengan penjelasan yang singkat. tetapi padat. sudah cukup untuk memberikan cahaya pada si ketua perompak untuk meneruskan perjalanannya di satu jalan. satu jalan yang sangat pasti. dengan jodoh pertemuan yang diatur dari yang Esa memberikan rahmat buat sekumpulan rombongan. bercucuran lah air mata. teresak esak lah suara. ketua perompak mengarahkan anak anak buahnya(mungkin bukan anak kandungnya) untuk memulangkan segala harta hasil dari titik peluh mereka tadi kepada kumpulan itu. dengan tidak menyangka si ketua perompak dan yang lain lain insaf dan bersegeralah kumpulan itu menuju ke baghdad.
menurut rujukan gua ketua penyamun tadi adalah murid beliau yang pertama.
pun bermula lah pengajian beliau dengan berjumpa pelbagai guru. untuk mencari syariaat makrifat dan hakikat. selama sebelas tahun (11) menyelami ilmu dan mengasingkan diri dari manusia sejagat. demi mementingkan iman dan taqwa pada Allah. salah satu gurunya adalah Hamad. juga seorang sufi yang terkenal pada waktu itu.
setelah yakin dengan keimanan dan ketaqwaan dalam sanubarinya. maka keluarlah beliau dan berkenalan dengan para insani. terkenal beliau dengan ketaqwaan dan kesufiannya. beliau telah di datangi oleh seseorang. seseorang yang kurus lagi sakit.
seseorang : Assalamualaikum w.b.t.
beliau : Waalaikumussalam w.b.t.
seseorang : bolehkah tuan bantu ku berdiri.
setelah dibantu nya berdiri. tiba tiba seseorang tadi menjadi besar malah bertambah besar. sehinggakan beliau tergamam dan takut. maka berkata lah.
seseorang : jangan takut. aku adalah agama nenek moyangmu. aku menjadi tidak berdaya dan sakit. tetapi Allah telah menguatkan aku kembali dengan pertolongan mu.
kemudian mencarilah beliau di satu penjuru bandar. dimana tidak kelihatan manusia yang leka. untuk menguatkan lagi rohani dan batiniah nya. untuk tempoh 11 tahun lagi.
sehinggakan pada tahun 521 hijriah barulah beliau bermula sebagai tenaga pengajar. tenaga pengajar yang hanya mementingkan ukhrawi. mencurahkan segala gala ilmu kepada ramai murid hanya kerana Allah Ta'ala.
Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terluput waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya. Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.
Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu. Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat?
beliau : Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi
mengapa kamu membangunkan aku supaya
bersolat subuh?
Kucing itu menjawab : Kamu adalah seorang yang
terkenal taat dan bijak seperti mana yang
rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana
engkau telah mengenali diriku,baiklah aku akan
jelaskan kepadamu.
Lalu kucing tersebut menyambung : Aku tahu jika kamu
tertinggal solat fardhu ke atasmu, kamu akan
melakukan seratus raka’at solat lagi sebagai penebusan,
jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya
dapat pahala daripada mengerjakan solat
yang dua raka'at sahaja.
setelah menyedari perkahwinan bukanlah sebagai batu penghalang untuk mencapai ke tahap ahli sufi. maka ketika berumur 51 tahun. berkahwin lah beliau dengan memperisterikan 4 orang wanita yang telah di jodohkan oleh yang Esa. dengan menghasilkan 49 orang anak. 27
lelaki dan selebihnya perempuan.
setiap yang hidup pasti mati. setiap yang dipinjamkan pasti dikembalikan. setiap persinggahan pasti menuruskan perjalanan. kembalilah beliau ke rahmatullah pada 561
hijriah(1166 masihi). 91 tahun yang dipinjamkan oleh Allah sangat sangat lah digunakan dengan sebaik baik kegunaan di dalam kehidupan beliau.
wallahua'lam.
Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.