بسم الله رحمن رحيم
gambar hiasan
ya, memang kita cuma berkawan. tapi mengapa perlu bersentuhan!
semua angkara nafsu. fasal apa aku cakap nafsu. kita telah diberitahu di dalam hadith yang menyatakan para Syaiton dan Iblis Laknatullah telah di rantai pada bulan Ramadhan, bulan penuh dengan kerahmatan, bulan penuh dengan keinsafan, bulan tertutupnya pintu-pintu neraka. ya memang nafsu kita yang telah di didik dengan penuh kesungguhan oleh para Syaiton selama 11 bulan setiap tahun.
Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.
hampa! aku amat hampa, tiada batasan antara persahabatan 'adam' dan 'hawa' ini. masih lagi tidak puas dengan kata-kata. sentuhan pula yang dicari. tangan yang tiada ikatan itu lah yang dibanggakan, yang dicumbu, yang dihidu, yang ditayang. mula menjadi trend kini. tetapi kita lupa pada tangan yang lebih perlu dititik beratkan. tangan orang tua kita wahai mukminin wal mukminat.
senangnya jadi anak yang baik,
senang lagi jadi anak derhaka.
kadang- kadang tangan mereka kita lupa, kita jijik, kita malu dengan tangan mereka. mengapa ? sedangkan tangan mereka itu lah kita dapat berdiri seperti ini. kita malu berpimpin tangan, kita malu mahu mencium tangan, kita malu untuk menggenggam erat tangan. kesemuanya tangan mereka yang kita tidak mahu. kenapa? jijik sangatkah ? hina sangat kah ? atau tangan kaum hawa yang lain lebih mendatangkan nikmat dan ghairah.
oh! ini lah akhir zaman.
Tanda-Tanda_Kiamat Kecil
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat
aku merenung jauh ke arah barat daya.
malah masih lagi tak bisa mentafsir di mana lubuk Islam kita menjadi LEMAH! dari mana puncanya? pemimpin atau diri kita sendiri. sekalipun aku dapat jawapan, apa yang boleh aku lakukan? doa dan terus berdoa sambil menanti hari kiamat? Ya Allah bantulah kami.
Tweet
murobbi aku selalu cakap, Kalau pegang perempuan bukan muhrim tu, ibarat kita memegang babi, bukan nak hina tapi, sihina itu lah ibaratnya kita menyentuh tangan orang yang bukan muhrim bukan..
ReplyDelete