31 Oct 2013

Anjing

Boy:Awak tau berenang tak?
Girl:Tak.
Boy:Apela, anjing pon tau berenang.
Girl: Awak tau berenang tak?
Boy:Tau.
Girl:Awak sama macam hanjing.

8 Fakta Lelaki Yang diBenci Wanita

8 jenis lelaki yg dibenci perempuan

>Lelaki yang bajet cool
>Lelaki cruutt cruttt (lelaki yang suka sweet perempuan)
>Lelaki yang suka bocor rahsia perempuan
>Lelaki yang terlebih lelaki (anti perempuan)
>Lelaki yang tak pandai jaga hati perempuan
>Lelaki yang pengotor
>Lelaki yang suka cerita benda lucah
>Lelaki yang takde pendirian

Salah Sent

girl : cye cyunk awuck cangat
cangat taww bie .

* tersilap sent dekat ayah . ayah
reply .

ayah : aku jujur nak bagi tahu ni .
aku pun sayang juga duit aku .
tak tahu pula dekat sekolah yang
aku hantar kau tu diorang ajar
mengeja macam ni .

Tertekan

ISTERI: Kenapa abg call?

SUAMI: Abg tertekan.

ISTERI: Abg ok? Abg ada masalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI: ?? Saya tertekan je... mana ada masalah apa apa...

ISTERI: Kalau abg ada masalah cerita la....

SUAMI: Masalah apa nye.. abg ok je... abg cuma tertekan je...

ISTERI: Ye la... kalau abg tertekan.. abg kena cerita kat saya...

SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke?

(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handset lalu ter-call isterinya)

Bayangkan

CIKGU : bayangkan yang kamu ni
berada
dalam alam dinasour dan ia nak
makan kamu.
apa yang kamu akan buat??

PELAJAR : senang jerr cikgu.
berhenti
bayangkan. . . HAHAA

26 Oct 2013

Kata Hamka



Fikir dan terus berfikir. Macam mana agaknya mati dalam keadaan tertawa.

Suria 16 acheh masih lagi di bibir. Tak habis2 walaupun sudah 17 minit.

Mendongak ke langit bertemankan sepi. Biru keputihan Pengubat lara hati.

Mereka ketawa dan terus ketawa. Yang berkuasa leka dgn dunia. Tnpa peduli rintihan marhain. Di keldaikan. Di kudakan.

Dunia kini sudah brkerusi roda. #Bersabarlah #Sahabatku

Aku Punyai Haq

*gambar hiasan

bismillahila'zim

sebahagian dari mereka salah erti. antara tidak bersyukur dengan memperjuangkan haq. 

kami bukan tidak bersyukur. tapi cuma cuba berdiri atas kudrat Ilahi untuk menuntut haq apa yang kami berhaq.


" syaria't ku ini ada perjuangannya, yakni MEMBELA - ismail ariffin"
" orang kaya yang kenyang akan menganggap orang disekelilingnya turut kenyang termasuk pengemis jalanan - ezat sam tweet "

apakah kami tidak berhak mendapatkan apa yang mereka dapat? kami bukan mahu dilimpahi harta kaya raya seperti mana mereka sanggup khianat dan membunuh. tikam dalam malam saat mata sedang kelambu.

kami cuma ingin mereka merasai apa yang kami rasa. bagaimana rasanya mengalami kesempitan wang hanya untuk mendapatkan sebutir nasi. sedangkan mereka bersenang lenang dengan sudu dan garpu sambil mengenakan tuxedo.

hanya luahan simpati yang mampu mereka utarakan. namun setitik peluh petani, mereka tidak hiraukan. atau apakah memang cara ambil peduli dengan sepatu kulit berkualiti?

harga barang kemudahan asas begitu pantas berlari. sedang pendapatan rendah tercengang berdiri. inflasi terus bermegah diri. bergelak tawa melihat "bantuan" yang diberi.

nak lari mana kita ini? hendak keluar negeri poket kering tidak berisi. rintihan dan cadangan langsung tidak dipedulikan. #bersabarlah #sahabatku

11 Oct 2013

Semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Merlimau - Pas Kelantan Bantu.

PAS Kelantan akan menghantar empat kumpulan bagi membantu gerak kerja kempen parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Sungai Limau pada 4 November ini.

Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata kesemua 100 anggota kumpulan itu terdiri daripada semua peringkat parti akan ke Sungai Limau secepat mungkin untuk penyelarasan kempen.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lepas, setelah empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
  
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan penghargaan khas kepada bekas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis sempena genap 23 tahun kerajaan PAS Kelantan memerintah negeri ini pada 21 Oktober ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.
Beliau berkata pada majlis itu rakyat Kelantan berpeluang untuk memberikan persembahan dalam bentuk apa sahaja kepada Nik Abdul Aziz sebagai menghargai jasa bekas menteri besar itu terhadap Kelantan. 

9 Oct 2013

Qaseh Narathiwat (jilid4)

"tawaran bekerja ?"

ya tuhan, sungguh besar sekali pemberian nikmatMu ini. aku bersyukur ke hadrat Ilahi. hanya padaMu aku sembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan.

siapa sangka jawatan G27, iaitu pembantu pemeliharaan hutan menjadi milikku. tidak pernah sesekali terlintas di sanubari yang mana aku akan diterima untuk kekosongan jawatan ini.

sewaktu temuduga pada ramadhan yang lalu, aku diantara calon yang tidak bersedia. menurut firasatku, aku telah gagal dalam temuduga tersebut. kerana pesaing yang lain penuh dengan persiapan. sedang aku hanya dengan kemeja tanpa tali leher, seluar dockers dan kasut converse hitam.

"tahniah."

sekalung tahniah dari Qaseh. aku hanya melihat saja wajah sayunya, tanpa bicara. jelas, dalam senyuman yang penuh keterpaksaan dihimpit kekecewaan.

entahlah, apa hikmah disebalik  nikmat besarNya ini. cinta kami baru saja direstu. ayah dan ibu juga sudah sibuk dengan persiapan kami, aku dan Qaseh.

"abang jadi nak ke Sabah ni?"

Ah! ira menambah lagi kerunsingan yang terselit di lipatan hati. yang mana satu harus aku pilih. kerja di Sabah atau Qaseh?

ayah hanya menjeling memerhati. begitu juga dengan yang lain. tarikh untuk melapor diri adalah 2 minggu dari sekarang. mana mungkin sempat dalam 2 minggu hendak selesaikan semuanya di sini. kursus kahwin dan kewarganegaraan Qaseh belum tentu siap dalam tempoh terdekat.

"awak pergilah sana dulu. itu masa hadapan awak. jangan dipersoalkan cinta saya, kerana saya akan terus setia menunggu awak."
"habis. awak bukan masa hadapan saya?"

dingin sekali petang itu. angin dari yaman menghembus lagi. perlahan-lahan tirai jendela lembut melambai.

bersambung..