29 May 2012

Pembunuh Yang Sering Membunuh.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 



saat aku hampir kembali. kembali mati sebelum mati. pembunuh itu datang menikam terlebih dahulu. 
"aduh, sakit !"
 dia datang ketika aku separa sedar. aku seakan tidak mampu berbuat apa-apa. seperti terikut akan segala gerak gerinya. bagaikan dihembuskan asap candu ke muka. aku diam dan mengikut rentaknya. akhirnya aku di tikam. di tikam bertubi-tubi. habis parah jiwaku. hancur luruh batinku. 

segenap seminggu. aku pasti di hadiri oleh tetamu itu. tetamu yang berupa pembunuh yang hadir tanpa di undang. apakah caranya untuk aku menjauhi. bagaimanakah puncanya dia terus mengawal diri ini. walau aku berpegang segalanya dari Allah. tetapi batinku tersiksa. bagai terkena jutaan bisa ular hitam.
"adakah perjalanan hidupku di tulis akan terus dibunuh oleh pembunuh"
sampai bilakah aku harus dibunuh. apakah aku di takdirkan untuk sentiasa tewas. adakah suratan diri kosong ini tidak mampu membunuh si pembunuh. begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran sempit ini. walaupun begitu. aku masih bersyukur yang amat besar. kerana masih berpegang pada hakikat yang sebenar.

aku juga cukup bersyukur. di kelilingi mereka yang terpilih dari kalangan yang terpilih. aku tidak pernah menyangka tetapi mempunyai sedikit perasaan. yang bahawa kami sekeluarga yang berpegang pada 4 perkara. namun tidak kesemua.
taat , jujur, syukur, sabar.
 4 perkara yang amat berat sekali. apabila di himpunkan ia menjadi satu perkataan yang lebih sering diucapkan. itulah redha. persoalannya, apakah kami akan selalu dibunuh. hanya menerima hakikat itu. tapi kami masih lagi lemah batiniah. 

bisa ular hitam masih lagi terus menjalar di setiap urat urat. mengalir seperti derasnya air menghala ke kolam puteri tatkala selepas hujan di atas gunung ledang. episod lalu dijadikan teladan. kisah lama sebagai nota pengajaran. walau dia kerap membunuh aku. dengan izin Allah. akan ku sabar. 
aku pasti kami semua akan kembali. walaupun di saat izrail merenjut nyawa kami. walau hanya sesaat merasai. kami tetap bersyukur. 
 walaupun bisa itu mengalir pantas. aku pasti suatu hari nanti. ular hitam mesti akan mati meskipun saat itu aku tidak lagi diberi kudrat untuk berperang dengan tangan. namun hanya cukup sekadar berperang dari dalaman. segala adalah dengan izinnya.

wallahua'lam.
Read More

18 May 2012

Nabi Allah : Saleh A.S.


Berlalulah hari demi hari. Lahirlah sebahagian lelaki dan matilah sebahagian yang lain. Setelah kaum 'Ad, datanglah kaum Tsamud. Lagi-lagi azab berulang kepada kaum Tsamud dalam bentuk yang lain. Kaum Tsamud juga menyembah berhala kemudian Allah SWT mengutus Nabi Saleh kepada mereka. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 61)
Kalimat yang sama yang disampaikan oleh setiap nabi, dan kalimat tersebut tidak pernah berubah sebagaimana kebenaran tidak pernah berubah. Para pembesar kaum Nabi Saleh a.s. terkejut dengan apa yang dikatakannya. Beliau menyatakan bahawa tuhan mereka tidak memiliki nilai yang bererti. Beliau melarang mereka untuk menyembahnya dan memerintahkan mereka hanya menyembah Allah SWT.

Dakwah Nabi Saleh cukup menggoncangkan masyarakat. Nabi Saleh terkenal dengan kejujuran dan kebaikan. Kaumnya sangat menghormatinya sebelum Allah SWT mengutusnya dan memberikan wahyu padanya untuk berdakwah kepada mereka. Kaum Nabi Saleh berkata:

"Hai Saleh, sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami? Dan sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang mengelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami. " (QS. Hud: 62)

Renungkanlah bagaimana pandangan orang-orang kafir dari kaum Nabi Saleh: "Sesungguhnya engkau sangat kami harapkan kerana keluasan ilmumu, kematangan akalmu, kejujuranmu dan kebaikanmu. Kemudian hilanglah harapan kami terhadapmu. Apakah engkau akan melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami. Alangkah celakanya! Kami tidak berharap engkau mencela tuhan-tuhan kami yang kami mendapati orang tua-orang tua kami menyembahnya."

Demikianlah kaum Nabi Saleh merasa bingung di hadapan kebenaran dan mereka hairan terhadap saudara mereka Saleh yang mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Mengapa? kerana mereka tidak memiliki alasan dan pemikiran yang benar. Mereka hanya beralasan bahawa datuk- datuk mereka menyembah tuhan-tuhan ini. Demikianlah taklid yang menyebabkan manusia terjerumus dalam kesesatan. Dan Nabi datang untuk menghilangkan taklid buta ini. Akidah tauhid disebarkan sebagai dakwah untuk membebaskan fikiran dari segala belenggu, yaitu suatu dakwah yang membebaskan akal manusia dari belenggu taklid, khurafat orang-orang dulu, dan khayalan tradisi yang mapan. Inilah dakwah tauhid yang menyuarakan kebebasan akal dan segala bentuk kebebasan lainnya.

Dakwah tersebut tidak akan ditentang kecuali oleh orang-orang yang akalnya terpasung oleh pemikiran orang-orang dulu dan khayalan orang-orang tua. Meskipun dakwah Nabi Saleh disampaikan dengan penuh ketulusan, namun kaumnya tidak mempercayainya. Mereka justru meragukan dakwahnya. Mereka mengira bahawa Nabi Saleh tersihir. Mereka meminta kepadanya agar ia mendatangkan mukjizat yang membuktikan bahawa ia memang utusan Allah SWT. Allah SWT berkehendak untuk mengabulkan permintaan mereka. Kaum Tsamud mengukir rumah-rumah besar dari gunung. Mereka menggunakan batu-batu besar untuk membangun. Mereka adalah orang-orang yang kuat yang Allah SWT membuka pintu rezeki bagi mereka dari segala hal. Mereka datang setelah kaum 'Ad lalu mereka tinggal di bumi dan memakmurkannya. Nabi Saleh berkata kepada kaumnya ketika mereka meminta mukjizat kepadanya:

"Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun yang akan menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat." (QS. Hud: 64)
Yang dimaksud ayat dalam surah tersebut adalah mukjizat. Diriwayatkan bahawa unta itu merupakan mukjizat kerana batu gunung pada suatu hari terpecah dan keluar darinya unta, dan keluar di belakangnya anaknya yang kecil. la lahir melalui cara yang tidak umum dalam proses kelahiran. Diriwayatkan juga bahawa ia merupakan mukjizat kerana ia minum air yang terdapat di sumur-sumur pada suatu hari lalu binatang-binatang yang lain tidak berani mendekati air itu pada hari tersebut. Ada riwayat lain mengatakan bahawa ia merupakan mukjizat kerana ia mengeluarkan susu yang mencukupi untuk dipakai minum oleh seluruh manusia di hari di mana ia minum seluruh air sehingga tidak ada sedikit pun yang tersisa darinya. Unta ini merupakan mukjizat di mana Allah SWT menyifatinya dengan sebutan: "naqatullah" (unta Allah). Itu bererti bahawa unta tersebut bukan unta biasa, namun ia merupakan mukjizat dari Allah SWT. Allah SWT menurunkan perintah kepada Nabi Saleh agar beliau melarang kaumnya untuk mengganggunya atau membunuhnya. Beliau memerintahkan mereka untuk membiarkannya, makan di bumi Allah SWT dan tidak menyakitinya. Beliau mengingatkan mereka bahawa ketika mereka mencuba untuk mengganggunya, maka mereka akan mendapatkan seksaan dalam waktu dekat.

Mula-mula kaum Tsamud sangat terhairan-hairan ketika melihat unta lahir dari batu-batuan gunung. Ia adalah unta yang diberkati di mana susunya cukup untuk ribuan laki-laki, wanita, dan anak-anak kecil. Jika unta itu tidur di suatu tempat, maka binatang-binatang lain akan menyingkir darinya. Jelas sekali ia bukan unta biasa, namun ia merupakan tanda-tanda kebesaran dari Allah SWT. Unta itu hidup di tengah-tengah kaum Nabi Saleh. Berimanlah orang-orang yang beriman di antara mereka dan sebahagian besar mereka tetap berada dalam penentangan dan kekafiran. Kebencian terhadap Nabi Saleh berubah menjadi kebencian kepada unta yang diberkati itu. Mulailah mereka membikin persekongkolan untuk melawan unta itu. Orang-orang kafir sangat membenci mukjizat yang agung ini dan mereka membuat rencana jahat untuk melenyapkannya. Sebagaimana biasanya, para tokoh-tokoh kaumnya berkumpul untuk membuat makar. Allah SWT berfirman:

"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa seksaan yang pedih. Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah;, maka ingatlah nikmat- nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerosakan. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: 'Tahukah kamu bahawa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya ?' Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu yang Saleh diutus untuk menyampaikannya.' Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu." (QS. al-AVaf: 73-76)

Nabi Saleh menyeru kaumnya dengan penuh kasih sayang dan cinta. Beliau mengajak mereka untuk hanya menyembah Allah SWT dan mengingatkan mereka bahawa Allah SWT telah mengeluarkan mukjizat bagi mereka, yaitu unta. Mukjizat itu sebagai bukti akan kebenaran dakwahnya. Beliau memohon kepada mereka agar mereka membiarkan unta itu memakan dari hasil bumi, dan setiap bumi adalah bumi Allah SWT. Beliau juga mengingatkan mereka agar jangan sampai mengganggunya kerana yang demikian itu dikhuatirkan akan mendatangkan azab bagi mereka. Bahkan beliau mengingatkan mereka dengan nikmat-nikmat Allah SWT yang turun kepada mereka: "Bagaimana Dia menjadikan mereka penguasa-penguasa yang datang setelah kaum 'Ad, bagaimana Dia memberi mereka istana dan gunung-gunung yang terukir serta berbagai kenikmatan dan kekuatan."

Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Saleh namun kaumnya justru menjawabnya dengan jawapan yang aneh. Mereka tidak menghiraukan nasihat Nabi mereka. Mereka menemui orang-orang yang beriman kepada Nabi Saleh. Mereka bertanya dengan pertanyaan yang tujuan untuk merendahkan dan mengejek: "Apakah kalian mengetahui bahawa Saleh seseorang yang diutus dari Tuhannya?" Pertanyaan ini tidak pantas dikemukakan setelah mereka melihat mukjizat unta. Alhasil, mereka merendahkan pengikut Nabi Saleh dan mengejeknya.

Sekelompok kecil yang beriman kepada Nabi Saleh berkata: "Sesungguhnya kami percaya dengan apa yang dibawa oleh Nabi Saleh." Perhatikanlah jawapan orang-orang mukmin. Jawapan tersebut sangat bertentangan dengan jawapan para pembesar dari kaum Nabi Saleh. Para pembesar itu justru meragukan kenabian Saleh sedangkan orang-orang mukmin itu menegaskan kepercayaan mereka terhadap kebenaran yang dibawa oleh Nabi Saleh.

Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Saleh tidak berhubungan dengan unta itu, namun berhubungan dengan dakwahnya dan ajarannya. Mereka mengatakan: "Kami mengimani apa yang dibawa oleh Nabi Saleh," dan mereka tidak mengatakan: "Kami beriman kepada untanya." Mereka tidak mengatakan bahawa unta itu yang menetapkan kenabian Saleh. Orang- orang mukmin lebih memperhatikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Saleh, bukan memperhatikan mukjizat yang luar biasa itu. Melalui dialog tersebut kita dapat melihat sikap orang-orang kafir di mana mereka justru merasa mulia dengan penentangan terhadap kebenaran: "Orang-orang yang menyombongkan
diri berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. "

Demikianlah penghinaan mereka, kesombongan mereka, dan kemarahan mereka. Rasa-rasanya sia-sia untuk mencari dalil yang dapat memuaskan orang-orang kafir saat berdialog dengan mereka. Mereka selalu menolak kebenaran, padahal mereka orang-orang yang merdeka dalam memilih kebenaran itu.

Malam mulai menyelimuti kota Tsamud. Gunung-gunung yang kukuh menjulang dan melindungi rumah-rumah yang terukir di dalamnya. Dinyalakanlah lampu-lampu dalam istana yang terukir di gunung itu. Gelas-gelas minuman diputarkan di antara mereka. Tidak ada seorang pun dari tokoh-tokoh kaum yang tidak hadir dipertemuan penting itu. Di mulailah pertemuan dan terjadilah dialog. Salah seorang kaflr berkata:

"Bagaimana kita akan mengikuti saja seorang manusia (biasa) di antara kita? Sesungguhnya kalau kita begitu benar-benar dalam keadaan sesat dan gila. " (QS. al-Qamar: 24)

Sementara yang lain menjawab:

"Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita? Sebenarnya dia adalah seorang yang amat pendusta lagi sombong. " (OS. al- Oamar: 25) 

Gelas-gelas minuman kembali diputar di antara mereka, dan pembicaraan beralih dari Saleh ke unta Allah SWT. Salah seorang kafir berkata: "Jika datang musim panas, maka unta itu mendatangi lembah yang dingin sehingga binatang-binatang ternak yang lain lari darinya dan kepanasan." Seorang kafir lagi berkata: "Jika datang musim dingin unta itu mencari tempat penghangat, lalu ia istirahat di situ sehingga binatang-binatang ternak kita lari darinya dan menuju tempat yang dingin sehingga terancam kematian."

Gelas-gelas minuman kembali diputar dan bergoyang di tangan orang-orang yang meminum. Salah seorang yang duduk memerintahkan agar perempuan yang menyanyi berhenti dari nyanyiannya kerana ia sedang berfikir. Kemudian kesunyian menghantui segala penjuru. Orang itu mulai berfikir sambil meminum dua gelas minuman keras, dan dengan suara pelan ia berkata: "Hanya ada satu cara." Orang-orang yang duduk di sekitarnya bertanya: "Bagaimana jalan keluarnya?" Tokoh mereka berkata: "Kita harus melenyapkan Saleh dari jalan kita. Yang saya maksud adalah untanya. Kita harus membunuh untanya dan setelah itu kita akan membunuh Saleh." Demikianlah cara yang dilakukan orang- orang yang kafir sepanjang sejarah. Demikianlah senjata yang digunakan oleh mereka dalam menghadapi kebenaran. Mereka tidak menggunakan akal sehat atau adu argumentasi, tapi mereka justru menggunakan kekuatan fizik. Bagi mereka, ini adalah cara yang paling aman. Pembunuhan akan menyelesaikan masalah. Namun salah seorang di antara mereka berkata: "Bukankah Saleh mengingatkan kita akan azab yang keras jika kita sampai menyakiti unta itu." Namun, orang-orang yang duduk di majlis itu segera memadamkan suara orang itu dengan dua gelas arak.

Kemudian percakapan dimulai tentang Saleh: "Berapa kali kita putus asa dan dibuat kecewa olehnya. Sebaik-baik jalan adalah membunuhnya. Mula-mula kita membunuh untanya setelah itu kita akan menghabisi Saleh." "Namun siapa gerangan yang berani membunuhnya?" Pertanyaan itu menciptakan keheningan di antara mereka. Setelah beberapa saat, salah seorang mereka mengangkat suara: "Saya mengenal seseorang yang dapat membunuhnya." Lalu nama demi nama berputar di antara mereka sehingga mereka menyebut seorang penjahat yang selalu membikin kerosakan di muka bumi dan ia suka mabuk-mabukan. Ia mempunyai kelompok penjahat di kota.

"Dan di kota itu ada sembilan orang laki-laki yang membuat kerosakan di muka bumi, dan mereka tidak berbuat kebaikan." (QS. an-Naml: 48)

Mereka adalah alat-alat kejahatan. Mereka adalah penjahat-penjahat kota yang terkenal. Mereka sepakat untuk melaksanakan kejahatan. Kegelapan semakin menyelimuti gunung. Kemudian datanglah malam tragedi. Unta yang diberkati itu sedang tidur dan mendekap anaknya yang kecil di dadanya. Anaknya yang kecil itu merasakan kedinginan dan mendapatkan kehangatan di sisi ibunya. Sembilan orang penjahat tersebut telah menyiapkan senjata mereka, pedang mereka dan tombak mereka. Mereka keluar di kegelapan malam, dan pemimpin mereka banyak minum khamer sehingga ia hampir tidak melihat apa yang di depannya.

"Maka mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya." (QS. al-Qamar: 29)

Sembilan laki-laki itu menyerang unta itu, lalu ia bangkit dan bangunlah anaknya dalam keadaan takut. Akhirnya, darah unta itu terkubur dan anaknya pun terbunuh. Nabi Saleh mengetahui apa yang terjadi, lalu beliau keluar dalam keadaan marah untuk menemui kaumnya. Beliau berkata kepada mereka: "Bukankah aku telah mengingatkan agar kalian jangan mengganggu unta itu." Mereka menjawab: "Kami memang telah membunuhnya, maka datangkanlah seksaan kepada kami jika engkau mampu. Bukankah engkau berkata bahawa engkau termasuk utusan Tuhan." Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:

"Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama tiga hari. Itu adalah janji yang tidak dapat didustakan." (QS. Hud: 65)


Setelah itu, Nabi Saleh meninggalkan kaumnya. Kemudian datanglah janji Allah SWT untuk menghancurkan mereka setelah tiga hari. Berlalulah tiga hari seksaan atas orang-orang kafir dan mereka menunggu-nunggu azab yang datang. Maka pada hari keempat langit terpecah melalui teriakan yang keras di mana teriakan itu menghancurkan gunung dan membinasakan apa saja yang ada di dalamnya. Kemudian bumi bergoncang dan menghancurkan apa saja yang di atasnya. Itu adalah satu teriakan saja yang membuat kaum Nabi Saleh hancur berantakan. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami akan mengirimkan unta betina sebagai cubaan bagi mereka, maka tunggulah (tindahan) mereka dan bersabarlah. Dan beritakanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya air itu terbagi antara mereka (dengan unta betina itu); tiap-tiap giliran minum dihadiri (oleh yang punya giliran). Maka, mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya. Alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang. " (QS. al- Qamar: 27-31)


Mereka hancur semua sebelum mengetahui apa yang terjadi. Sedangkan orang-orang yang beriman bersama Nabi Saleh, mereka telah meninggalkan tempat tersebut sehingga mereka selamat. 


Kisah Nabi Saleh Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Salleh diceritakan oleh 72 ayat dalam 11 surah di antaranya surah Al-A'raaf, ayat 73 hingga 79 , surah " Hud " ayat 61 sehingga ayat 68 dan surah " Al-Qamar " ayat 23 sehingga ayat 32.
Read More

Percayalah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



tidak perlu menangis. tidak perlu resah. tidak perlu kecewa. yakin lah  tidak ada satu pun yang adil. melainkan dia yang maha adil. dia lah maha penyayang. dia lah maha pemurah. dia lah maha mengasihani. sekalipun berat yang hadir. walaupun bencana yang mendatang. percayalah. dia amat menyayangi.

dia akan perintahkan makhluk suruhannya. turun ke bumi. memberikan sesuatu yang tidak disukai makhluk berakal di bumi. sedangkan dia suka akan pemberian darinya itu. kerana pemberian dari dia itu. adalah untuk mereka yang terpilih dari kalangan mereka yang terpilih.

tidak semua makhluk berakal di bumi mendapat pemberian itu. maka sesiapa yang dapat. itulah mereka yang amat beruntung. bukan sekadar untung. tetapi istimewa. 

di antara yang mendapatkan pemberian itu. tidak semua yang boleh menerima pemberian itu. ada yang tersungkur. ada yang tergelongsor. maka mereka itulah yang rugi. pemberian istimewa dari dia. bukan lah mudah untuk makhluk berakal ini menerima.

kekadang redha. kekerapan hampa dan merungut. tidak sedar akan diri mereka istimewa. tidak sedar akan diri mereka terpilih. tidak sedar diri mereka beruntung. alangkah peliknya. ramai dikalangan golongan golongan itu. tetapi tidak lah mustahil. kerana semua dari dia.

pemberian yang berupa ujian. samaada besar ataupun kecil. percayalah. dengan ujian itu lah terbitnya kata kata hikmat. dari hati ke bibir. segala puji pujian hanyalah untuk dia. kerana apa dia menurunkan ujian. kerana dia suka dipuji. kerana dia ingin terkenal. dan dikenali. dan dia amat mencintai pada mereka yang memuji dan mengenalnya.

alangkah bertuahnya mereka yang terpilih. kerana mendapat kasih sayang dari dia. yang tidak boleh dihitung dengan kalkulator. yang tidak boleh dibanding dengan kejelitaan sesuatu. namun, segalanya sudah tertulis. kita redha ataupun tidak. juga telah tertulis. 

jika mereka masih ada perasaan untuk meredhakan diri mereka atas sesuatu. yang akan berlaku pada diri mereka. maka mereka lah makhluk yang paling beruntung. percayalah.

wallahua'lam.
Read More

9 May 2012

Cinta

bismillahirrahmanirrahimilazim.

cinta. 
kau hadir tatkala aku sunyi dan sepi. juga berduka. dengan diiringi air dari celah kelopak mata. lantas kau  memberikan aku anugerah terindah. walau tidak sehebat mereka mereka. namun ia amat cukup sekali. 

cinta.
sedang aku bergembira dan alpa. sambil bergelumang dengan nikmat sementara. lalu kau pergi. meninggalkan aku sendiri. bersama membawa anugerah itu. aku mengakui. akan kelemahan ini.

cinta.
aku pasti. kau akan kembali. memberikan aku anugerah itu semula. agar kau dan aku menjadi satu. tiada lagi sangsi. terus menerus memperakui. kau lah cinta sejati. sampaikan diri ini mati.

cinta.
aku cuba mengenali dirimu. sehinggakan aku sedar. siapa diriku yang sebenar. bahawa aku hanyalah boneka wayang kulit. yang tidak bermaya tanpa mu. yang tidak mempunyai apa-apa tanpa dirimu.

cinta.
datang lah kembali ke pangkuanku. agar aku dapat melihat semula diriku yang sebenar. agar betapa namamu hanya dalam sebutan ku. dari yang batiniah hinggalah ke lahiriah.


Read More

3 May 2012

Malam Berjuta Bintang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

ianya bermula di satu malam yang penuh kekalutan. memandang tepat kearah soalan2 lalu. makin dilihat. makin runsing. setibanya idea dan hajat dari awal semesta lagi. namun aku hanya kuburkan dalam di sudut sanubari. namun malam itu aku bangkit menggali. kubur yang telah lama menyepi. 

aku keluarkan jua hasrat ini. setelah seorang sahabat meminta aku belanja. dari situ aku menguatkan semangat. semangat untuk menggali kubur lama itu. lalu ia terang. seterang terang malam berjuta bintang. akhirnya aku mengambil keputusan tidak rasmi. pada malam itu juga aku membuahkan hasrat yang telah lama mati.

aku berjaya.

bangun sahaja bersubuh sendirian. aku terus ke dapur meluahkan hasrat pada bonda. dan seterusnya ayahnda. di sambut dengan senyuman. namun ada sedikit sindiran.
"kenapa tak bagi tahu petang nanti saja."
ya. aku memang suka buat kejutan. langsung sahaja aku bergegas untuk ke pasar. tepat jam pukul 10. aku ke rumah sewa rakan seperjuangan. kononnya mengulangkaji di saat akhir. aku terlalu gugup. tidak pernah aku buat sebegini dalam seumur hayat ini. aku diberikan kepercayaan oleh semua. untuk menghasilkan suatu majlis malam berjuta bintang. di teratak usang ku. mereka sanggup dan sepakat untuk menghadiri.

aku semakin gemuruh. tiba hadir rasa takut. bukan kerna tidak bisa menjawab soalan Final yang terakhir. tetapi kerna majlis di teratak usang ku nanti. walaupun jawab sekadar yang mampu. namun kegembiraan hari terakhir di Poli pasti akan ku rindu.

teringat kan bonda ku sahaja wanita di dalam teratak. lantas aku pulang. dan hujan bukan penghalang. segala galanya hampir bermula. malam berjuta bintang mula menjelma. langit ku tenung jauh2. bintang ku renung dalam2. aku pasti. merindui.

selesai sahaja salam ke kiri. maka bermula lah episod ceritera cinta sahabat. dihiasi dengan terang lampu neon. dan dibalas dengan kilatan vespa ranggi. mereka datang. melangkah dan terus melangkah. semuanya manis2 belaka. aku hanya berdiri tidak berkata. lalu salam lah pembuka bicara.

dihadiri oleh penyeri malam berjuta bintang. dialah Cik kami yang kami buli. kekadang muncung kekadang terukir senyuman. namun pada malam itu. tidak ada lagi kesangsian antara kami. yang hadir hanyalah senyuman dan kegembiraan. juga bisa menjadi suatu kenangan.

walaupun ada beberapa actor dan actress yang tidak bisa menghadiri. aku mengerti. kerna ia sudah tertulis. bermulakan dengan sedikit bacaan ayat2 cinta dari Allah. dari seorang lelaki tua berjanggut putih. sehinggalah program melantak beramai ramai. sambil dengan ditemani lagu dari  notebook kacukan Apple dan hp Compaq. ia sudah memadai.

setelah segalanya selesai. dengan sebok berposing sana sini. al maklumlah. akhirnya episod malam berjuta bintang mula di tangisi. habis lantai teratak usang dibanjiri. dengan butir2 kaca jatuh berderai. walaupun tidak semua. namun aku tetap terasa. tersentap tidak jasmani. tapi di rohani. dengan ditemani lagu perpisahan. kami mula berjabat tangan. berpeluk pelukan. perpipi pipian. 

terima kasih semua yang sudi menghadiri teratak usang aku dan keluarga. walaupun yang hidup itu akan mati. namun. aku pasti merindui.

aku tidak bisa lupa lambaian lambaian tangan kalian. kakaka.

wassalam.

candid dan pose.
 penangan vespa ranggi.
 peace bro.
 lokasi ini lah paling sukar gua mop.
 senyum sokmo.
 tak sedia la !
 malu2 pula.
 saat kepulangan Cik.
 aksi bakar2.
 peace lagi. =="
 candid.
iklan gigi.
Read More