salam bermula pembuka bicara. pegangan terindah Islam tercinta. menerokai susur gelap gelita. sambil membawa panji obor pelita.
pandangan gua kabur hari ini. antara haq dan batil tak dapat di bezakan lagi. lalu gua bangkit dan teruskan mendaki ke langit. lalu terlintas perkataan Istidraj di batin.
apa itu istidraj ? sebenarnya gua pun tak faham. mujur ada pakcik google. pakcik yang boleh jadi selangkah mendatangkan pahala. boleh jadi juga selangkah ke jalan neraka.
istidraj adalah setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
ada satu kisah yang membuatkan jiwa gua tenang aman dan tenteram. di mana terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
gua menangis kegembiraan. melihat kasih itu sebenarnya berupa ujian. syukur gua ucapkan.
Tweet