28 Sept 2012

Mungkin Ini Hanya Alasan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


bukan tidak minat. mungkin tiada bakat. mungkin jua tidak terikat. untuk terpaut di jiwa terjerat.

aku penjara perasaan takbur. namun bukan mudah untuk dikunci. di situlah tempat melabur. di situlah tempat bersuci. aku tidak selesa.

mendongak di sebelah barat. kekuningan sedang mendarat. leka melayan kudrat. sehinggakan lupa untuk "istirehat".

bukan seorang yang bersih jiwa. malah kotor lagi hina. juga bukan mahu berkhutbah. sekadar telunjuk diri jua.







-salam

27 Sept 2012

Si Salik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

wirawati empat putera. lebih selesa si salik bekerjaya. yang penuh segak bergaya. tetapi takdir itu masih jauh menjela.


seorang pemuda militan Islam. melaburkan saham saham. untuk si salik mendirikan banggunan. tetapi bukan banggunan itu yang diinginkan. 


lebai tiga kaki. sekadar duduk memerhati dan berdiam diri. tetapi si salik mengerti. terdapat padanya kecewa di sanubari.


si salik terus mencerca diri. sakit di hati merebak ke jasmani. terlantar di lantai hampir 4 hari. juga berharap di lepaskan untuk kali ini.


bukan kecewa tiada berpenghuni. bukan merana tiada kertas berkepala. tetapi hati tidak dapat menahani. untuk mengetuk pintu Allah Taala.


-maaf dari si salik.

20 Sept 2012

Izinkan Aku Pergi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

izinkan aku pergi. pergi untuk kembali. kembali ke jalan yag benar. benar itulah yang hakiki. 


panorama senja semakin hampiri. tetapi aku masih lagi di sini. dibuaian kasih duniawi. yang akan hancur lebur pasti.


pemergian ini untuk mencari yang hakiki. saban hari aku terseksa jiwa. melihat hari hari berlari. namun aku masih lagi bersandiwara. berikanlah aku peluang untuk mengembara. sungguh itulah cita cita hamba. 


melihat betapa tipunya dunia. agar aku senang dan tenang di sana.


 menerokai jalan jalan tar. pemergian ini semoga sebentar. hijau daun biru laut. Insyallah bertemu lagi sebelum maut.


cantik kupu indah rama. entah sekejap entah lama. gah uhud megah fisabillah. hati yang rapuh perlu di belah. ngiaw sang comel ngaum pak belang. pemergian sebentar jangan disangka menghilang. 


biarkan ku menyendiri. membuang duri duri. pahit manis asam garam. ku jadikan masa silam. ku buang empuknya tilam. agar diri biasa dengan sejuk malam. untuk merasakan nikmat walau sehiris buah mempelam.


ini sekadar sinopsis. bukan hipotesis. bukan puisi atau bermadah. dari parah mendapat padah. lalu izinkan hamba bermujahadah.

14 Sept 2012

Pahlawan Keyboard

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

sudah terlalu lama jari membeku. fikiran sempit diam terpaku. tidak sepatah pun segala yang terbuku. diam tidak bermakna kaku. tidak bermaksud tiada wang saku. 


rona rona warna pelangi semakin hampir ku sentuh. sampai sahaja ke penghujung buluh. tidak ku sangka usaha hanya beruntungkan peluh. habis musnah. punah. jiwa nan luluh.


kini pahlawan keyboard beraksi. meneruskan kalimah kalimah Ilahi. mengucap cinta dengan menaiki saksi. Allah Tuhanku Muhammad Rasullallah yang dikasihi.


aku pasti bangkit dari lamunan khayalan. walau aku berasa mual atas buaian. ku harap cinta tidak akan basi. terus menerus ucapkan kasih.