30 Apr 2012

Pemimpin Yang Agung Melahirkan Rakyat Yang Agung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



jangan fikir gua adalah mereka yang menentang pemerintah. hanya kerana gua ingin menjadi Jebat yang menentang pemerintah. tapi apa yang pasti gua bukan dari kalangan mereka yang memerintah.

sekali pun gua menentang. gua tetap gua. kerana gua Jebat yang mempunyai pendapat tersendiri. 
"darah dibalas darah"
gua bukan Ali r.a. yang yang tidak sanggup melihat pertumpahan darah. anggap sahaja gua seperti Omar r.a. yang sentiasa bersedia dengan tajam hujung pedangnya. yang salah tetap salah. yang benar tetap benar. tapi dunia kini sebaliknya. kebingungan inilah yang membuatkan gua ingin jadi Jebat yang menetang bukan Tuah yang menurut.
" Jebat tidak mahu menjadi pak turut pada pemerintah. kerna Jebat hanya hanya mahu menjadi pak turut pada Allah. "
pendirian gua. pemimpin yang agung akan melahirkan umat yang agung. kita boleh lihat bagaimana sebelum kedatangan Islam. pak2 arab telah dipimpin oleh mereka yang hebat. tapi tidak agung pada tuhan. lihatlah bagaimana mereka memimpin umat manusia. bayi2 perempuan ditanam hidup2. perempuan jadi murahan. semurah murah chewin gum. murah lagi harga wanita pada waktu itu.

tetapi setelah hadirnya Islam dari pemimpin yang terAgung. Muhammad S.A.W. lihat lah perubahannya. umat manusia bersatu. dari berjuta hati. menjadi satu hati. kerna satu itu lah Allah. wanita menjadi martabat yang paling tinggi di sisi umat manusia. tiada lagi umat yang cuba memecah belahkan antara mereka. walaupun mereka memegang paada pegangan Injil dan Taurat.

 setelah pemimpin itu "pergi". maka Abu Bakar r.a. pula bangkitkan umat manusia. hampir keserata asia. semuanya Islam belaka. sampaikan lah Omar r.a. menaiki tahkta. sanggup menahan laparnya untuk kekenyangan rakyatnya. sanggup meninjau di malam hari untuk keselesaan dan keselamatan rakyatnya.
" aku akan kenyang selepas mereka merasakan apa itu kenyang. "
maka sampaikan lahir anak muda yang agung seperti ini. sampaikan Osman r.a. kegoyahan mula menjelma. begitu juga Ali r.a. jangan persalahkan khalifah2 yang agung hanya kerana berlaku kekalutan di zaman pemerintahan mereka. kerna segalanya sudah tertulis di dalam cerita Allah.

sebagaimana boleh ada pemimpin yang agung seperti Salahuddin al ayyubi. bukan sekadar memimpin negara. malah angkatan perang jua. bagi pendapat gua. itulah yang terakhirnya pemimpin yang agung pada tuhannya. bayangkan dengan kepimpinannya. tidak ada satu pun angkatan yang dapat mengalahkan angkatan beliau. hanya kerana amalan "bangun malam" mereka yang sentiasa utuh. yang tidak lekang dek hujan panas.

sekali lagi hujah gua.
" Pemimpin Yang Agung Melahirkan Rakyat Yang Agung "
#oleh itu calon paling tepat dan dramatis. ust. Azhar Idrus. hehehe.

wallahua'lam. 

8 Apr 2012

Sebabkan Sebelanga Nila. Rosak Susu Setitik !

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

petang hari aku tengah berdiri. tiba tiba aku disakiti. panahan petir terus menyambar. memperlihatkan wajah iman yang hambar. alangkah pedih. alangkah sedih. fenomena alam sekali lagi menguji. segala yang berlaku pada diriku ini.



tak semua mereka kaki rasuah. tak semua mereka nau'zubillah. dicoretkan kisah di malam hari. malam sabtu penuh di hiasi. dengan kerlipan warna warna lampu neon. yang hadirnya bewarna warni. satu hari gua telah ke hotel istana untuk menghadiri satu majlis perkahwinan saudara gua. gua bersama keluarga.

sedang sahaja kami mendapatkan tempat duduk kami. jauh di satu sudut dinding. sesuai dengan pangkat orang kampung kami. meja yang ke 81 menjadi pilihan hati. tiba tiba hadir pemimpin pemimpin manusia malaya yang disegani. namun mungkin lebih ramai yang membenci.

sambil sambil makan di dendangkn dengan lagu mengusik jiwa. kekasih awal dan akhir. brader jamal turut menghadiri. cerita gua adalah sebelum majlis mentekedarah berlangsung. majlis amalan orang india di dahului. merenjis renjis  dari pemimpin malaya dan isteri 2 juta nya.

oleh kerana gua terlalu mengantuk. dan memperlihatkan jam tangan sudah menunjukkan jam 9.30 malam. mentekadarah pun belum. merokok pun belum. solat pun belum. sebelum gua terlentang di majlis. segera gua paw bapa gua rm5. lalu gua pun beransur keluar. dari tiga pilihan yang belum gua laksanakan. gua memilih untuk ke surau sebelum melakukan yang lain2.

sampai sahaja di tempat wudhuk. uih ! PISTOL ! 

rupanya seorang anggota polis trafik sedang ingin menunaikan solat isyak. mungkin beliau ditugaskan untuk mengeskot pemimpin malaya dan sengakatannya. aku bersyukur. kerana telah di imamkan oleh seorang anggota polis. hanya aku dan polis. bacaan tidak kekok dan tidak bertarabur. doa nya lancar dan suaranya halus. cukup menghadirkan suasana merdu di sebuah kotak kecil di dalam hotel istana itu. 

kebanyakan manusia salah menilai mereka. kerana di sebalik mereka ada yang tidak seperti mereka2 yang kami benci. ada pepatah melayu telah berkata. sebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga. tetapi bagi gua mungkin ungkapan ini lebih sesuai. "sebabkan sebelanga nila, rosak susu setitik" !

beliau yang sentiasa berjaga jaga. tidak kira di mana dan apa yang dilakukan. walau solat sekalipun. pistol tetap di pinggangnya. apa yang membuatkan aku lebih gembira pada malam itu. adalah kerana sikapnya yang senang dan selamba pada manusia kerdil seperti. gua.

namun apa yang lebih penting adalah. gua telah jimat duit daripada membeli rokok. kerana gua telah mengepaw brader polis. soemporna pun boleh la. :D

wallahua'lam.

3 Apr 2012

Tak Relavan dan Tak Masuk Akal

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




sejuk pagi hari tidak akan lama. kerna pasti terik tengah hari akan menjelma. matahari menerangi jua tidak kekal lama. kerna pasti bintang2 begemerlipan di malam indah pula. namun siang tidak selalunya cerah. malam tidak selalunya indah. 

relavan ke atau tidak relavan ? boleh diterima akal ke atau tidak boleh diterima akal ? 

sedang Nabi Sulaiman A.s.. menyusun tentera2 nya, tiba tiba dia berhenti di tengah2 perjalanan. kerna dia terdengar suatu terikan. setelah diperhati. rupanya sekumpulan semut sedang melintas di tengah2 perbarisan tentera Nabi Sulaiman sambil menjerit.
"ayuh lekas rakan2. cepat pantas bergerak ! agar kita tidak dipijak mati oleh tentera dan Nabi Sulaiman! "
pada ketika itu Nabi Sulaiman hanya tersenyum. dan berkatalah pada sekumpulan semut itu bahawa baginda akan memberhentikan seketika perbarisan nya.
#boleh diterima akal kah bagi seorang manusia boleh berbicara dengan binatang ?

ketika sedang sebuk Ibrahim Adham memburu rusa. tiba tiba rusa yang tadinya menyorok. tampil ke hadapan sambil menasihati dengan nasihat yang pedas pada nya. kata rusa itu.
“Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. 
Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”
 #adakah ini relavan apabila binatang pula yang menasihati seorang manusia ?

tidak ada yang mustahil. kerna segala galanya adalah dari Dia. mengenal Dia tidak boleh terlalu memakai akal yang di pinjam oleh Dia. kerna keagungan Dia tidak dapat tercapai akal manusia yang miskin ini.

apakah masuk akal bila gua terbang dari padang besarq sampai ke gunung ledang. cuma bertunggangkan motor kapcai tua gua ? ia memang tidak masuk akal manusia yang miskin ini. tetapi sedarlah. ia tidak lah mustahil bagi Nya. kerna segala galanya adalah dari Dia.

apakah relavan bila gua kata tak mahu sambung blajarq pasai gua nak terus kerja. walaupun peluang sambung blajarq lebih cerah. ia memang tidak relavan dari pandangan sempit manusia. namun ia tidak lah mustahil untuk gua berjaya walaupun tanpa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih up sikit. kerna segala adalah ketentuan dan kehendak Dia.

wallahua'lam.

Nabi Allah : Sulaiman A.S.



Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga mampu memahami bahasa binatang. Dia boleh berbicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi dari Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh nabi Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal yang soleh yang Engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.


“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman dengan nada kehairanan.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.