27 Dec 2011

Rintihan Kecil 2

Selamat Tinggal Sahabat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

aku tahu aku kejam dulu.

walaupun dihiris dengan belati. namun kau hanya merawat dengan petrol. walaupun kau berlebam akibat ditumbuk. namun kau hanya mengenakan ais pada kesan penumbuk. walaupun kau dikencingkan dengan kencing anjing. namun kau hanya mengambil tanah dan air mutlak sebagai pengganti.

aku tahu aku rosak dulu.

walaupun kau ditikam tepat di hati sedalam-dalam. namun kau hanya menjahitnya dengan tangan sendiri. berkali - kali aku mengujimu. namun kesabaran manusia biasa ada had nya. walau sekejam mana pun aku aku dulu. tidak pernah terfikir aku untuk membunuh mu. tidak pernah terdetik aku untuk menghina mu. 

aku tahu aku silap dulu.

walaupun aku sentiasa membuat kau berduka dulu. walaupun aku sentiasa membuat kau rasa bersalah dulu. walaupun aku sentiasa membuat kau kecil hati dulu. walaupun aku sentiasa membuat kau sentiasa mengalah dulu. sedikit pun tidak. sekecil pun tidak. sehalus mana pun tidak. tetapi sebesar-besar rahmat. kau lah sahabat aku. 

kini aku mula sedar.

ketika saat aku mula tenggelam hanyut dibuaian kehijaun daun. ketika saat aku mula tewas hanyut di badai insan dari rusuk lelaki. ketika itu jualah kau diambil. saat itu lah kau di kembalikan. diambil oleh Si Pencabut Nyawa. dikembalikan kepada Si Pencipta. 

kini aku mula menangis.

sekuat mana pun. sebesar mana pun. sesedih mana pun. tangisan air mata bernanah sekalipun. ia semuanya hanya perkara sia-sia. hanya sekadar Al Fatihah sahaja yang boleh diharapkan sampai ke pangkuannya. walau pemergian mu membuatkan aku bertambah derita. sampaikan aku betul-betul lari dari dunia sebenar. pada kala itu, khayalan menjadi peneman. pada waktu itu, kegilaan menjadi hiburan. 

kini aku mula kembali.

tidak guna aku terus hanyut kerana kehilangan seorang sahabat. walaupun aku tahu aku sendiri yang lemah untuk terus mencuba. diriku yang semakin lemah tiba-tiba dikejutkan oleh tangisan seseorang. tangisan yang tidak boleh aku berpaling. esakan yang tidak boleh untuk aku keraskan hati. rayuan seorang permata hati. dengan mata yang berkaca-kaca. diikuti sesak-sesak dada.

"kenapa anak aku semua macam ni ? kenapa anak aku semua tidak ada yang macam aku ? kenapa anak aku degil-degil ? kenapaa.. " bicara baba yang ringkas.

kata-kata baba yang pedih. yang lebih tepat ke arah aku. sehinggakan dia terduduk. menggosok-gosok dada. tercungap-cungap menahan kesesakan nafas. butir-butir yang keluar dari bibirnya betul-betul menghumban aku ke dalam loji. tidak sanggup aku melihat warga tua itu kesedihan. 

aku mula meninggalkan perlahan-lahan kisah lama. walaupun hanya seberapa purnama kami di zaman gelap. namun, ia meninggalkan kesan yang dalam pada aku dan keluarga. detik itu, aku teringat kata-kata terakhir seorang sahabat.

"aku rasa bersalah dengan kau, sebab aku kau jadi macam ni."

"kenapa sebab kau pula"

"kerna hanya sebab sepuntung, tidak sangka kau akan jadi begini"

"ni bukan sebab kau"

"aku takut lah nanti masa perhitungan. nanti aku yang kena hanya sebab sepuntung"

"ish, kau ni. aku nak bagi tahu kau. bukan kau aku begini. tapi ini atas kehendak aku sendiri"

"tapi aku masih lagi rasa bersalah ! "

"aku dah buat pengakuan depan kau kan. ah, sudah lah. cerita lain lah."

"kalau dapat berhenti alangkah gembiranya aku."

"insyaallah", aku berslumber sambil menghadirkan satu senyuman.

setiap detik mula berlalu. setiap minit mula pergi. setiap jam mula menghilang. selang beberapa hari. dia yang sentiasa kerap singgah di gerai burger aku. tidak pula hadir pada malam itu. sehingga pada esok tengah hari. sedang aku dan kawan bersantai di bawah teduhan pokok berbuah lonjong. selepas keletihan menebang pokok liar di rumah jiran sebelah. kami di datangi sekumpulan motor bertanyakan alamat yang tertera. 

aku mula kebingungan.

walaupun sudah di sebut namanya. namun aku masih lagi terpinga-pinga. sehingga seorang kawan menyedari. bahawa sahabat telah pergi. pada waktu getir itu. aku hanya boleh bersuara untuk memberitahu kepada Baba. Baba yang dalam keadaan yang tidak sihat bergegas ke tempat kejadian. pada waktu itu. segala rayuan. segala terikan. segala tangisan. segala esakan. tidak akan berubah takdir. tidak akan berputar kembalikan waktu. ingat aku dulu. salam persahabatan yang diakhiri dengan pelukan. hanya antara kau dan aku.

pernah aku terfikir untuk dia jadi pengapitku satu hari nanti.

bila aku sedar. Baba telah berlalu pergi untuk ke masjid. perlahan lahan aku mendongak melihat Baba dengan jalan yang tidak kukuh. sambil bertemankan tongkat. bagi aku, tidak ada seorang sahabat pun di dalam kamus hidup aku. melainkan dia sebagai seorang sahabat sejati. sempat memberikan amanat terakhir. seakan-akan sangat tahu akan kembali sebegitu muda. 

kini sudah empat tahun sahabat pergi. namun masih tidak ada yang boleh mengisi kekosongan tempatnya didalam sanubari. seramai mana pun kawan. seramai mana pun sahabat. tidak akan boleh diganti dengan kesabaran sahabat. dengan sikap bagai seorang abang. dengan sikap yang sentiasa mengalah. dengan sikap yang sentiasa lurus. sentiasa berterus terang pada aku.

pemergian sahabat sedikit menyepikan sedikit ruang di dalam hati. tetapi. yang hidup perlu teruskan hidup. yang pergi biarkan lah mereka pergi.kirimkanlah ayat-ayat alquran walau sepotong ayat sekali pun. soal sampai atau tidak sampai. itu urusan yang Esa. jangan lah sekadar menjadi sahabat di dunia yang palsu. janganlah sekadar menangisi pemergian seorang sahabat. 

entah bila. entah bolehkah. menurut kata-kata terakhir sahabat itu. sebelum aku jua dijemput atau pun direnjut nyawa oleh Izrail. 

semoga sahabat mendapat kebahagiaan di kehidupannya kini.

Al Fatihah, untuk Muhammad Syafiq B. Saiful Bakhri yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2007 bersamaan 7 Rabiu'akhir 1428 hijriah.(kanan)
Read More

26 Dec 2011

Kelembutan Bukan Kelemahan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




selagi usus masih boleh berdikari menghasilkan najis. selagi urat otak masih menghantarkan pesanan. tidak akan sesekali aku cuba untuk berdiam berdiri. tidak akan aku menutup mata membiarkan mereka dianiaya. 

kerana Islam telah menaikkan martabat dan maruah terhadap mereka. apakah harus memperkecilkan mereka hanya kerana tulang empat kerat yang lembut. adakah harus menghina mereka hanya kerana 9 nafsu mereka. haruskah membisukan suara mereka hanya kerana mereka tidak boleh bergelar imam pada seorang suami.

adakah dan haruskah ?

mereka bukan sahaja sekadar memegang sudip stanley steel dan botol kicap cap kipas udang. tetapi mereka juga memproses susu terbaik dunia. mereka bukan sahaja sekadar memegang penyapu lidi dan penyodok sampah yang di beli di kedai satu barang rm2. tetapi mereka juga membersih dubur dan qubul seseorang makhluk yang digelar bayi.

kelembutan bukan kelemahan. bukan jua penghinaan dari tuhan. bahkan sebagai hiasan kecantikan. tetapi bukannya untuk dijadikan barang peragaan. lindungilah mereka dengan keimanan. peliharalah mereka dengan ketaqwaan. agar masing-masing bahagia bersama. insyaallah.

lindungi dan pelihara mereka.

mereka tercipta dari rusuk lelaki. dekat di bahu untuk dilindung. dekat juga di hati untuk disayangi. lindungilah mereka dari harta dan pujian. sayangi dan hormatlah mereka kerana mereka sebagai hiasan dunia. juga sebagai penyeri suami. kelak tidak akan binasa.

engkaulah wanita istimewa.
Read More

Indahnya Pilihan Raya



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

corner sikit bro..

sejuk malam semakin tua tidak dihiraukan. angin sepoi menusuk dada tidak dipedulikan. namun tetap si enam remaja keluar mencari haluan. menuju ke satu destinasi. destinasi ke satu tempat yang penuh dengan jual beli. dalam perjalanan, sedang hayal di seat pembonceng motorsikal. terperanjat melihat jalan raya yang semakin digemari oleh mat raja corner. hitam, padat, cengkam. itulah jalan raya yang baru di tar.

aku berasa gembira kerana track jalanan rakyat telah diperbaharui. berasa lega kerana tidak perlu lagi melanggar lubang-lubang hasil jalanan sebuah lori gasar. kadang aku berasa ingin tabik pada pekerja yang membuat jalan. di saat waktu malam yang mula tergelincir. di waktu subuh yang semakin hampir. mereka masih lagi bekerja keras untuk kemudahan kita rakyat malaysia. lebih-lebih lagi kemudahan pada mat rempit. tabik !

tiba-tiba aku terfikir sejenak. terdetik hati aku untuk berkata-kata. 

"oh, patut lah. nak pilihan raya rupanya. " ringkas sahaja butir-butir kata aku pada pemandu motorsikal kami.

aku terkedu dan berasa kesal. mengapa harus menunggu sebegini lama. apakah mesti berharap sehingga empat tahun untuk mendapat kan kesenangan dan kegembiraan kami sebagai pengguna jelata ?

sedang aku menikmati keindahan bumi Allah S.W.T. dengan bertemankan helmet magnum usang dan jaket jeans 3 rm10. entah macam mana aku boleh terpandang satu banner di tepi jalan. walaupun diikat rapi. namun masih terlondeh seperti fesyen seluar remaja kini. durian runtuh ! boleh apply kah student seperti aku untuk menuntut rm500 itu. 

aku juga yang tidak pernah membeli buku ini. diperdengarkan oleh seorang teman tentang voucer rm200 untuk pembelian buku. walaupun selama ini pernah terlintas untuk membeli bahan bacaan  SLAM DUNK dari jilid satu hingga yang ke penamat.

tetapi kenapa perlu menunggu sehingga ke hari ini ? kenapa tidak 2 tahun yang lepas. juga kenapa tidak setahun yang lepas. apakah tanaman negara hanya boleh dituai selepas empat tahun ? adakah hasil keuntungan negara hanya boleh dikongsi bersama selepas 4 tahun ? 

memang itulah sinonim negara HARIMAU MALAYA kita. yang sentiasa memperjuangkan hak rakyat. pilihan rayalah yang membuatkan kita berasa lebih beruntung dari tahun yang lain. bukan sahaja sebungkus cengkih yang bernilai rm1 boleh di beli. tetapi seguni juga sangat mampu di perolehi. 

indahnya pilihan raya.
Read More

22 Dec 2011

Doa Pelindung Abu Darda'



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

ombak menghembus menghukum diri ini. kesalahan dan kesilapan lalu masih lagi tidak dihindari. semuanya bermula dari mata. nampak mudah hakikatnya amat susah. lebih - lebih lagi insan yang memiliki nafsu ammaroh yang melampau. tetapi tidak sukar bagi mereka yang berjaya ke tahap nafsu lawwamah. berhijrah dari satu kota ke satu kota bukan menjadi penghalang bagi ramai insan yang bernyawa. tetapi berhijrah dari satu hati yang kotor ke satu hati yang bersih bukan perkara yang boleh dianggap mudah bagi ramai insan juga bernyawa. 

iman tidak boleh diukur oleh manusia. begitu juga amalan tidak boleh dihitung oleh kita. hati yang tenang bersama Allah hanya kepunyaan sendiri yang membisik pada diri sendiri. bukannya untuk di war - war kan pada khalayak ramai.

"aku sudah insaf", jeritan menggunakan speaker masjid.

kadang - kadang aku terfikir sejenak. sampai bila masanya anak - anak muda akan bangkit. sedangkan kami semua sentiasa sedar, yang dunia semakin menghampiri kiamat. namun masih lagi terduduk bersila. malah masih lagi ada yang merangkak sambil berguling - guling. 

hati yang sentiasa seronok  dengan godaan syaitan. hati yang sentiasa tewas dengan nafsu ammaroh. hati yang sentiasa leka dengan duniawi. tidak mudah untuk berpaling dari melakukan maksiat. tidak mudah untuk berhenti menganiaya diri sendiri. tidak mudah untuk mematahkan cinta ammaroh dan duniawi. oh diri ini ! berpaling lah. berhenti lah. patahkan lah. segala yang didorong oleh nafsu ammaroh dan syaiton.


aku ada jumpa satu doa pelindung. bukan saja untuk dilindungi dari bala bencana. tetapi dapat juga berlindung dari godaan nafsu ammaroh dan godaan syaiton. Insyaallah. 

Doa Pelindung Abu Darda'


Ya Allah, Engkaulah Tuhan Ku, Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Hanya kepada Engkau daku bertawakkal. Engkaulah Tuhan Arasy' Yang Maha Mulia. 
Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa sahaja yang tidak di  kehendakiNya, pasti tidak akan terjadi. 
Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. 
Daku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya 
ilmu Allah meliputi segala tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu. 
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung kepada Mu daripada kejahatan diriku (nafsu) dan  kejahatan segala yang melata, 
Engkaulah yang menggenggam segala roh mereka, sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil).
telah diriwayatkan oleh Talha R.A.
seorang telaah datang kepada Abu Darda' R.A. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. tetapi Abu Darda berkata rumah dia tidak terbakar. kemudian datang lagi seorang berkata perkara yang sama. namun Beliau turut memberikan jawapan yang sama. sehinggalah  datang orang yang keempat. Beliau diberitahu " api telah naik tinggi tetapi apabila sampa ke rumah tuan, api telah terpadam. " 

maka berkata Abu Darda' R.A.  " aku yakin rumahku tidak terbakar, kerana Rasulullah telah mengajar aku satu doa yang perlu dibaca selepas Subuh, maka sesiapa yang membacanya akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga petang. aku telah membacanya setiap selepas Subuh. oleh itu, aku percaya bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumahku. " 

semoga ia menjadi manfaat bersama. agar kita diberikan ruang untuk kemasukan nur hidayah dan taufiq. supaya dapat mengurangkan dosa tatkala umur semakin di hujung usia. amin.


Read More