30 Nov 2011

Kejam !

Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan
dan memukulnya sehingga
giginya patah, darah keluar daripada hidung dan
telinga perempuan itu, dan akhirnya peremuan itu pengsan.
Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata,
"Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu
dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata
"Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab
"Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan
melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah PALESTINE.
Lelaki pertama ialah YAHUDI.
Lelaki kedua adalah NEGARA BARAT.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya
berdiam diri dan lihat......



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”(Riwayat at-Tabrani) 

Rujukan : Blog Tok Wan


28 Nov 2011

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

dari aku tidak mengerti apa - apa. sampailah serba sedikit mengenal erti hidup. semakin aku kenal. semakin aku keliru. terlalu banyak perbalahan. masing - masing berjuang agama mengikut fahaman masing - masing. semua orang mula memperbetulkan antara satu sama lain. berselisihan pendapat antara satu sama lain (khilaf). ahli sunnah wal jamaah. syiah immamiyah. syiah battiniah. syiah zaidiah. khawarij. bidaah-bidaah. wahabi. tamatnya riwayat hidup nabi Allah. wafat nya seorang Rasul Allah. pemergian Muhammad S.A.W. seorang makhluk yang teragung maka wujudnya khilaf. 

bukan sahaja pada hari ini. tapi sejak dari dahulu lagi. ketiadaan pemimpin teragung telah mula menimbulkan persoalan dalam Islam. sejak dari zaman khalifah Saiyidina Osman R.A. lagi. sampailah ke zaman Saiyidina Ali R.A. hinggalah melarat ke zaman ini.

bagi seorang rocker yang masih lagi mencari ruang iman yang padat. ruang hidayah yang mantap. ruang taufiq yang teguh, menjadi semakin keliru. lebih - lebih lagi bumi Malaysia ini ramai sangat " ulama' ". masing - masing dengan alasan tersendiri. ada yang membenarkan hudud. ada pula yang punyai pelbagai alasan untuk menolak. cepat sangat menghukum seseorang. mengatakan mereka kafir. mengatakan haji mereka tidak sah. mengatakan mereka khawarij. mengatakan mereka sesat. ada yang mengatakan alquran kalam Allah dan bukan politik. malah ada yang berkata kalam Allah itu politik.

aku yang masih lagi merangkak. terkedu. ketakutan. keliru. bengang. apa ini semua. apakah di sebabkan hal politik antara UMNO dan PAS ?  sebahagian berkata UMNO tidak betul, kafir dan takut untuk memperjuangkan Islam kerana takut pada majoriti undi. sesiapa yang menyokong UMNO akan masuk neraka. sebahagian berkata PAS sesat. pemimpin mereka wahabi. banyak bercanggah dengan perjuangan Islam sebenar. PAS telah di jadikan keldai PKR dan DAP. 

apakah ini harus berlaku ? yang salah tidak mengaku salah kerana sayang pada takhta ? yang betul dipersalahkan kerana takut dengan kebenaran ? masing - masing menunjukkan kitab - kitab yang dipelajari. masing - masing mendedahkan guru - guru mereka yang mengajar. 

mengapa perlu ini ? bukan kah kita di lahirkan dengan mazhab yang sama. Imam syafie. berpegang dengan kalam Allah yang satu. Alquran. dihiasi dengan keindahan keperibadian dan segala penyelesaian dari Rasul Allah. As sunah. 

kenapa! kenapa! kenapa! kenapa! kenapa ! kenapa mesti aku yang menjadi mangsa kekeliruan manusia - manusia yang 
" pandai belaka "   wallahua'lam.

dalam keadaan yang tidak lagi mandi tatkala matahari sudah segak berdiri. masih lagi sempat berkongsi penulisan ini.


21 Nov 2011

seingat aku dulu..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

saban hari kerisauan mendampingi perasaan ini. saban hari kerunsingan menghadiri jiwa ini. jiwa rockers yang keras tidak dapat menyaingi kebimbangan hati. ditambah lagi dengan kebingungan final exam. dan akhirnya kini ia berakhir jua. hilang kerisauan. hilang kerunsingan. hilang kebimbangan. namun hadir pula kesedihan yang amat nyata. sayu diri ini. pilu hati ini. pedih jiwa ini. 

seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. dari tidak kenal erti kehidupan, sampailah dapat kau buang air besar sendiri. akulah yang memberi kau lampu. untuk kau suluh di siang dan malam hari. 

seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. akulah yang membuang berak dan kencingmu dulu. sampaikan aku bertikam lidah dengan abangku. hanya kerna baumu. hanya kerna najismu. yang tidak menyenangkan hidung abangku. aku tetap sabar. menyapu dengan sehelai tisu. yang dibeli khas untuk membuang sisa-sisa buanganmu.

seingat aku dulu. setelah kau mula dewasa. sudah mengenal erti pancaran. juga tidak pernah lupa untuk aku memanggilmu, saat tiba waktu makan. walau kadangkala aku juga tidak menyenangimu. kerna kemanjaan mu yang amat luar biasa. tetapi aku tahu. kaulah diantara yang menyayangiku.

seingat aku dulu. setelah kau mula dewasa. pantang aku keseorangan di depan rumah. kau pasti hadir menemaniku. itupun kalau pancarmu sudah di sailang oleh kawan-kawanmu. tetapi aku tidak kisah. cukup lah sekadar saat bertemankan bersamamu.

seingat aku dulu. setelah kau mula tua. pantang kau nampak motorsikal kawan-kawanku. pasti kau akan tinggalkan peringatan dengan merenjis dengan renjisan hancing. aku minta maaf kawan-kawan. bukan sahaja itu. motorsikal aku juga menerima hadiah kenangan dengan seni cakaran di lapik seat. tetapi aku tidak kisah.

seingat aku dulu. setelah kau mula tua. pernah aku meninggalkan kau buat seketika. mungkin tidak lama bagi pandangan orang lain. tapi mungkin bagai bertahun-tahun lamanya bagi kau rasakan. saat aku berada jauh nun di utara. aku masih lagi mengenangkan wajah dan gelagatmu. atas pemergianku yang seketika. keluarga lah yang menjagamu. sehinggakan aku pulang, kau lebih berisi dari aku.

seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. setelah kau dewasa. setelah kau melalui hari-hari tua mu. ketika dimana tidur kau lena. aku akan sentiasa datang untuk mengusapmu. tidak diatas atap kereta Baba. kadangkala di celah ruang sempit. adakala di atas kusyen yang empuk, sehinggakan Mama naik berang. tetapi aku tidak peduli.

seingat aku dulu. di waktu kecilmu dulu. setelah kau dewasa. setelah kau melalui hari-hari tua mu. bila di mana tidur ku terjaga. kerap kali kau berada dekat di celah ketiak ku. kadangkala betul-betul di dalam dakapanku. bukan di kaki untuk kau di pijakku. bukan dikepala untuk ku menyanjungmu. tetapi dekat di hati untuk kau disayangi.

tiga tahun bersama. kini kau pergi. walau apa pun, yang hidup pasti akan mati. yang datang pasti akan pergi. yang singgah pasti akan kembali. yang dipinjam mesti akan dipulangkan. semoga kita berjumpa lagi. di lain dunia yang pasti akan hadiri.

kau lah sahabat. kau lah teman.

selamat tinggal kus kus..